9 Mac 2024 | Majlis Penyampaian Insentif Pertanian Program Kebuniti Madani Dan Penyampaian Sijil My Gap Parlimen Johor Bahru

.

Majlis telah dirasmikan oleh Encik Mohd Salleh Bin Ahmad, Wakil Rasmi Ahli Parlimen Johor Bahru.

.

Turut hadir adalah :

Puan Nur Aizat binti Abdul Razak Pegawai Pertanian Daerah Johor Bahru.

Encik Hairul Bin Hamid, Penghulu Mukim Bandar Daerah Johor Bahru.

Encik Muhammad Aszat Bin Asmadi, Wakil Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Encik R Azmi Bin Md Aris, Ketua Kg Dato’ Onn Jaafar Mukim Bandar.

Encik Za’abah Bin Othman, Ketua Kg Tarom Mukim Bandar.

.

Program ini diadakan di Gelanggang Futsal KRT Jalan padi Ria, Bandar Baru Uda Johor Bahru.

Objektif kebuniti Madani.

Kebuniti Madani merupakan tapak integrasi dalam mengukuhkan ikatan perpaduan dan keharmonian melalui aktiviti bercucuk tanam bersama penduduk setempat.

.

Objektif utama adalah untuk mempertingkatkan hasil pertanian di peringkat komuniti di samping menjana pendapatan bagi memperkasakan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.

.

Penubuhan Kebuniti ini adalah untuk membantu golongan B40 Bandar terutama yang tinggal di Bandaraya Johor Bahru bagi individu yang terkesan terutama golongan B40 untuk mengambil peluang menambahkan pendapatan tambahan.

.

Dengan adanya kebuniti ini dapat membangunkan ekonomi agar mudah mendapatkan sumber sayur yang segar dari kebuniti serta membangunkan ekonomi melalui aktiviti pertanian dan perladangan di Negeri Johor.

.

Komuniti KRT Padi Ria, Komuniti Jalan Tiong dan Komuniti jalan Serama telah menerima Insentif Pertanian Program Kebuniti Madani Parlimen Johor Bahru.

.

Hampir pelbagai tanaman telah diusahakan antaranya terung, sayuran buah dan sayuran daun yang ditanam melalui kaedah nutripot, fertigasi dan hidroponik

.

Pihak Jabatan Pertanian sentiasa memberi khidmat pengembangan pertanian dalam pengeluaran bahan yang mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan.

Penerima sijil My Gap Parlimen Pulai Tahun 2023

1. Farmplus Urban Hydroponic

2. En Hanafis Bin Ahmad Senusi

Tahniah diucapkan kepada penerima insentif program kebuniti madani semoga insentif yang diterima dapat membantu meringankan kos sara hidup melalui penghasilan sendiri produk makanan melalui bimbingan Jabatan Pertanian.

Onn Hafiz Ghazi

Dato’ Zahari Sarip

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *