KOTA ISKANDAR, 7 Mac 2024 – Hari ini adalah hari terakhir Encik Muhammad Adib bin Sujai, Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W22 bertugas di Jabatan Pertanian Negeri Johor.
Beliau telah dinaikkan pangkat ke Gred W26 dan diarahkan bertugas di Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor mulai 3 Mac 2024. Walau bagaimanapun, beliau telah memohon penangguhan bertugas di sana selama satu minggu bagi urusan serah tugas dan menyelesaikan kerja-kerja sedia ada.
Encik Muhammad Adib telah bertugas di Jabatan Pertanian Negeri Johor sebagai Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W22 mulai 2 Julai 2017 dan ditempatkan di Seksyen Kewangan, Bahagian Khidmat Pengurusan Negeri Johor.
Beliau seorang yang komited, dedikasi dan bertanggungjawab di atas semua tugasan yang diamanahkan. Bak kata Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan, beliau seorang yang sangat tenang dalam menjalankan tugasan. Semoga sifat-sifat tersebut diteruskan di tempat baru dan menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
Sungguh manis buah rambutan,
Enak dimakan perlahan lahan,
Bila ada sebuah pertemuan,
Pasti datang sebuah perpisahan.
Lipat sirih di tapak tangan,
Letak sekapur dalam dupa,
Budi yang baik jadi kenangan,
Budi tuan kami tak lupa.
Menyusun pantun memakai rima,
Rima dibuat menjadi kisah,
Bertahun-tahun kerja bersama,
Tibalah masa untuk berpisah.
Berasah parang bersepuh lama,
Menjadi senjata pahlawan handal,
Susah senang ditempuh bersama,
Menjadi jasa buat yang tinggal.
Santap sarapan di atas meja,
Santapan bersama dengan sahabat,
Bertahun kita bersama kerja,
Hari ini berpisah tempat.
Tahniah dan Selamat Maju Jaya diucapkan sekali lagi







![]()
