6 Mac 2024 | Majlis Penyampaian Insentif Pertanian Program Kebuniti Madani Dan Penyampaian Sijil My Gap Parlimen Pulai
.
Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Haji Azam bin Haron, Wakil Rasmi Parlimen Pulai.
.
Puan Nur Aizat binti Abdul Razak Pegawai Pertanian Daerah Johor Bahru.
Penghulu Encik Mohd Nurulfaiz bin Aman. Tuan Haji Zainuddin bin Zainal Abidin.
Ketua Kampung Kempas Permatang Encik Airizam bin Dollah.
.
Program ini diadakan di
Balairaya Taman Dahlia, Johor Bahru.
Objektif kebuniti Madani.
Kebuniti Madani merupakan tapak integrasi dalam mengukuhkan ikatan perpaduan dan keharmonian melalui aktiviti bercucuk tanam bersama penduduk setempat.
.
Objektif utama adalah untuk mempertingkatkan hasil pertanian di peringkat komuniti di samping menjana pendapatan bagi memperkasakan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.
.
Penubuhan Kebuniti ini adalah untuk membantu golongan B 40 Bandar terutama yang tinggal di Bandaraya Johor Bahru bagi individu yang terkesan terutama golongan B 40 untuk mengambil peluang menambahkan pendapatan tambahan.
.
Dengan adanya kebuniti ini dapat membangunkan ekonomi agar mudah mendapatkan sumber sayur yang segar dari kebuniti serta membangunkan ekonomi melalui aktiviti pertanian dan perladangan di Negeri Johor.
.
Komuniti Taman Dahlia, Komuniti KRT Taman Anggerik, Komuniti Rumah Perlindungan Wanita telah menerima Insentif Pertanian Program Kebuniti Madani Parlimen Pulai
.
Hampir pelbagai tanaman telah diusahakan antaranya terung, sayuran buah dan sayuran daun yang ditanam melalui kaedah nutripot, fertigasi dan hidroponik
.
Pihak Jabatan Pertanian sentiasa memberi khidmat pengembangan pertanian dalam pengeluaran bahan yang mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan.
Penerima sijil My Gap Parlimen Pulai Tahun 2023
1. Encik Asnawi bin Darmin
2. Encik Mohamad Ikbal bin Jusuf
3. Brotherhood Farming Enterprise.
Tahniah diucapkan kepada penerima insentif program kebuniti madani semoga insentif yang diterima dapat membantu meringankan kos sara hidup melalui penghasilan sendiri produk makanan melalui bimbingan Jabatan Pertanian.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan





















![]()
