5 Mac 2024
En. Mohd Hafiz bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) telah mewakili Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Johor menyantuni program Lawatan Muhibah Dato’ Zahari Sarip, Exco Pertanian, IAT & Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor ke Kampung Orang Asli Labung, Endau Mersing. Lawatan yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan diantara Kerajaan Negeri dan Masyarakat Orang Asli disamping meninjau pembangunan dikampung tersebut khususnya didalam sektor pertanian, penternakan dan akuakultur serta prasarana yang ada.





