ISKANDAR PUTERI, 4 Mac 2024 – MESYUARAT AGUNG PUSPANITA CAWANGAN NEGERI JOHOR KE-31

Ahli PUSPANITA Jabatan Pertanian Negeri Johor telah menghadiri Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Negeri Johor Ke-31 yang telah diadakan di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Negeri Johor dan dipengerusikan oleh Yang Dihormati Puan Sri Datin Dr Hajah Noor Azizah binti Abdul Latiff, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Johor.

Di dalam ucapan perasmian Yang Berhormat Tan Sri Setiausaha Kerajaan Johor, beliau menitikberatkan tentang ‘Self Care’, ‘Me Time’, ‘We Time’ dan ‘Prime Time’ serta kesihatan yang perlu diutamakan oleh semua ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Johor.

#puspanitacawangannegerijohor

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *