3 Mac 2024 | Majlis Penyampaian Insentif Pertanian Program Kebuniti Madani Dan Penyampaian Sijil My Gap Parlimen Tebrau.

.

Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Jimmy Puah Wee Tse, Ahli Parlimen Tebrau. Turut hadir mengiringi Yang Berhormat adalah Puan Nur Aizat binti Abdul Razak Pegawai Pertanian Daerah Johor Bahru.

.

Objektif kebuniti Madani.

Kebuniti MADANI merupakan tapak integrasi dalam mengukuhkan ikatan perpaduan dan keharmonian melalui aktiviti bercucuk tanam bersama penduduk setempat.

.

Objektif utama adalah untuk mempertingkatkan hasil pertanian di peringkat komuniti di samping menjana pendapatan bagi memperkasakan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.

.

Sehingga kini terdapat 3 projek komuniti di kawasan Parlimen Tebrau di antaranya Komuniti PPR Desa Mutiara, Komuniti Surau Taman Setia Tropika dan Komuniti Taman Kempas Utama telah menerima Insentif Pertanian Program Kebuniti Madani Parlimen Tebrau.

.

Hampir pelbagai tanaman telah diushakan antaranya terung, sayuran buah dan sayuran daun yang ditanam melalui kaedah nutripot, fertigasi dan hidroponik.

.

Pihak Jabatan Pertanian sentiasa memberi khidmat pengembangan pertanian dalam pengeluaran bahan yang mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan.

Onn Hafiz Ghazi

Dato’ Zahari Sarip

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *