2 Mac 2024 | Majlis Penyampaian Insentif Pertanian Program Kebuniti Madani Dan Penyampaian Sijil My Gap Parlimen Pasir Gudang.

Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Hassan bin Abdul Karim Ahli Parlimen Pasir Gudang. Turut hadir mengiringi Yang Berhormat adalah Puan Nur Aizat binti Abdul Razak Pegawai Pertanian Daerah Johor Bahru, Dr Norlina Muhd dari Majlis Bandaraya Pasir Gudang, En Mohd Afiff Penghulu Mukim Plentong bertempat di Balai Komuniti Haji Sabran, Taman Air Biru, Pasir Gudang.

.

Objektif kebuniti Madani.

Kebuniti MADANI merupakan tapak integrasi dalam mengukuhkan ikatan perpaduan dan keharmonian melalui aktiviti bercucuk tanam bersama penduduk setempat.

.

Objektif utama adalah untuk mempertingkatkan hasil pertanian di peringkat komuniti di samping menjana pendapatan bagi memperkasakan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.

.

Sehingga kini terdapat 4 projek komuniti di kawasan Parlimen Pasir Gudang di antaranya Komuniti Taman Air Biru,

Komuniti Taman Mawar, Komuniti Nusa Damai dan Komuniti KRT Akuagro Zon Balau Taman Rinting telah menerima Insentif Pertanian Program Kebuniti Madani Parlimen Pasir Gudang.

.

Hampir pelbagai tanaman telah diushakan antaranya terung, sayuran buah dan sayuran daun yang ditanam melalui kaedah nutripot, fertigasi dan hidroponik.

.

Pihak Jabatan Pertanian sentiasa memberi khidmat pengembangan pertanian dalam pengeluaran bahan yang mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan.

Penerima sijil My Gap Parlimen Pasir Gudang Tahun 2023 seramai 6 orang :

1. En Murad Bin Abdul Manaf

2. En Adi Mohajir bin Mohamad

3. S.K Taman Cendana

4. Komuniti Taman Air Biru

5. Komuniti Joranita Bacang.

Empat Komuniti telah menerima Insentif Pertanian Program Kebuniti Madani diantaranya ialah Komuniti Taman Air Biru, Komuniti Taman Mawar,

Komuniti Nusa Damai,

Komuniti KRT Akuagro Balau.

Onn Hafiz Ghazi

Datoโ€™ Zahari Sarip

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Imbasan Berita