Kursus Pengesyoran RMP (Penggunaan SISMARP & MOA) Serta Cocktail Pesticide
Tarikh : 28 Februari 2024
Tempat : Bilik Seminar, Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru
Objektif kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan berkaitan pengesyoran racun makhluk perosak dengan menggunakan Sistem Maklumat Racun Perosak (SISMARP) dan Mode Of Action (MoA) bagi merealisasikan perkhidmatan teras jabatan yang berorientasikan Amalan Pertanian Baik.
Kursus ini telah dihadiri seramai 23 orang Agen Pengembangan Tanaman (APT) dari Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi, Pejabat Pertanian Daerah Mersing, Pejabat Pertanian Daerah Kluang, Pejabat Pertanian Daerah Pontian, Pejabat Pertanian Daerah Kulai dan Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru.
Urusetia :
1. Bahagian Pengembangan
Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Negeri Johor
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi
Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru
Pejabat Pertanian Daerah Mersing
Pejabat Pertanian Daerah Kluang
Pejabat Pertanian Daerah Pontian
Pejabat Pertanian Daerah Kulai






![]()
