26 Februari 2024 |

Pengadah Jabatan Pertanian Negeri Johor, Tn Hj Yosri Bin Mohd hari ini telah menghadiri Majlis Menandatangani Pejanjian Usahasama di antara Farmbyte Sdn Bhd dengan Archisen Ptd Ltd di Menara Komtar, Johor Bahru.

Perjanjian Usahasama ini telah ditandatangi oleh Tuan Syed Aiman Kifli Syed Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif Farmbyte Sdn Bhd dan Mr Vincent Wei, Ketua Pegawai Eksekutif Archisen Ptd Ltd.

Majlis ini disasikan oleh YB Dato’ Zahari Bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor dan YBhg Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim serta pegawai yang hadir.

Jalinan kerjasama ini adalah antara usaha pihak syarikat mengembangkan perusahaan tanaman fertigasi secara menegak (vertical farming) yang mampu menggandakan pengeluaran hasil tanaman dalam kawasan yang terhad.

Onn Hafiz Ghazi

Dato’ Zahari Sarip

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Yosri Mohd

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Imbasan Berita