BATU PAHAT, 25 Februari 2024 โ€“ Jabatan Pertanian Negeri Johor telah mengadakan Mesyuarat Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dan Pembantu Tadbir (Kewangan) Bil. 1/2024 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh En Mohd Suffian Aizudin bin Mohd Saleh, Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi) mewakili Pengarah Pertanian Negeri Johor.

Mesyuarat membincangkan tentang isu-isu semasa berkaitan pentadbiran, perkhidmatan dan kewangan jabatan. Turut dibincangkan adalan pelantikan perwakilan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang baharu bagi Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dan Pembantu Tadbir (Kewangan) yang dilaksanakan secara undian. Bagi perwakilan MBJ Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Encik Abd Rahman bin Idrus telah mandapat undian majoriti terbanyak iaitu sebanyak 28 undian. Manakala Puan Nor Azura Ashikin binti Abdullah yang mendapat undian majoriti sebanyak 25 undian telah dilantik sebagai perwakilan MBJ bagi Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kewangan).

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Imbasan Berita