22 Febuari 2024 | AZZU Bahulu Ledang Ingin Kembangkan Perusahaan
Pengarah Pertanian Negeri Johor, Tn Hj Yosri Bin Mohd bersama ahli Mesyuarat Perancangan & Pengurusan Jabatan mengadakan lawatan ke Projek Perusahaan AZZU Bahulu Ledang.
Perusahaan bahulu ini diusahkan oleh Puan Norazlina Binti Hj Samsi yang bertempat di Kg Sri Makmur, Tangkak Johor. Beliau menghasilkan pelbagai jenis bahulu dan kuih bakar bermula tahun 2014. AZZU Bahulu Ledang juga menerima produk daripada usahawan industri asas tani yang lain untuk dijual ditempat nya bagi membantu menambah pendapatan usahawan.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Pejabat Pertanian Daerah Tangkak















![]()
