KOTA ISKANDAR, 8 Februari 2024 – Buat julung-julung kalinya, Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Negeri Johor telah mengadakan Taklimat Kesihatan dan Gaya Hidup Sihat serta Pemeriksaan Kesihatan bagi semua pegawai dan kakitangan.
Taklimat dan pemeriksaan kesihatan tersebut adalah dengan kerjasama daripada Pasukan Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru yang diketuai oleh Dr Parameswary a/p Chennaiah.
Jenis saringan kesihatan yang diberikan adalah terdiri daripada pemeriksaan Indeks Jisim Tubuh, tekanan darah, paras glukos darah, paras kolestrol darah, status merokok, minda sihat dan fisioterapi (‘flexibility sit and reach’ dan ‘plank test’). Dr Parameswary juga memberikan sedikit taklimat kesihatan yang bertajuk ‘Healthy Ageing’ yang menerangkan tentang tabiat untuk penuaan sihat dan umur yang panjang.


















![]()
