Tangkak, 5 Februari 2024 – Bekalan bawang dalam negara mencukupi walaupun India melarang eksport bahan makanan itu sehingga Mac ini.

.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kerajaan turut mendapatkan bekalan bawang dari China, Thailand dan Pakistan.

.

“Negara tidak mengalami kekurangan bekalan bawang, cuma harganya kini turun naik di pasaran. Malaysia boleh mendapatkan bekalan bawang daripada negara pengeluar lain.

.

“Sekarang ini, bekalan bawang diimport dari China, Thailand dan Pakistan bagi menampung keperluan negara,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Sawah Ring, di sini, hari ini.

.

Menurut Mohamad, sekatan import bawang dari India bersifat sementara dan bekalan bawang akan diperoleh semula dari negara terbabit.

.

“Larangan import bawang dari India memang bersifat sementara seperti larangan import bekalan beras putih dari India sebelum ini, yang mana selepas rundingan India setuju jual 170,000 tan metrik beras kepada Malaysia.

.

“Ada kalanya India berdepan masalah dalam negara mereka. Kita perlu hormat kerana larangan eksport yang dilakukan itu untuk keperluan rakyat dan negara mereka,” katanya.

.

Pada 8 Disember lalu, India yang menyumbang 36 peratus kepada import bawang ke Malaysia melarang eksport bawang sehingga Mac ini bagi meningkatkan bekalan domestik selain membendung inflasi pengguna di negara itu.

.

Dalam perkembangan lain, Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Nor Sam Alwi dalam satu kenyataan berkata, projek upskilling tanaman bawang sudah dijalankan pada 24 Januari lalu di kawasan seluas satu hektar di Kampung Ladang Bikam, Sungkai, Perak.

.

Melalui projek itu, Jabatan Pertanian (DoA) bersama agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan melaksanakan pemantauan agronomi tanaman, termasuk pembajaan, sistem pengairan, kawalan penyakit dan perosak serta kesesuaian mekanisasi ladang.

.

“Melalui pemerhatian projek ini, peluasan kawasan baharu akan dilakukan di seluruh negara dan penyampaian teknologi penanaman ini akan dilaksanakan oleh DoA,” katanya.

.

Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu ketika menyampaikan amanat tahun baharu 2024 berkata kementeriannya akan memberi fokus untuk mengukuhkan industri bawang tahun ini.

#myDOA

Highlight

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

YAB Datoโ€™ Onn Hafiz Ghazi

YB Datoโ€™ Zahari Sarip

Tuan Haji Yosri Mohd

Perkongsian dari FB : Jabatan Pertanian Malaysia

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Imbasan Berita