5 Februari 2024 | Isnin – Lawatan YB Menteri Pertanian Dan Keterjamianan Makanan Ke Sawah Johor

Telah berlangsung Program Lawatan Kerja yang julung kalinya di adakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohamad Bin Sabu dan disertai oleh pengurusan tertinggi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ke tapak Projek Penanaman Padi di kawasan Sawah Ring, Tangkak, Johor Darul Ta’zim. Lawatan ini telah dirancang oleh Bahagian PIP KPKM bersempena dengan Program Pemukiman KPKM di Four Points by Sheraton Desaru yang disertai oleh YB Menteri sendiri. Sehubungan itu Jabatan Pertanian Negeri Johor telah membuat perancangan dan susun atur aktiviti/pengisian sepanjang perjalanan lawatan.

Program lawatan kerja YB Menteri ini telah dimulakan dengan pengisian slot kursus Pengenalan Kawalan Perosak Bersepadu (IPM) kepada pesawah dari 5 daerah yang telah dijemput hadir sama, kursus di sampaikan oleh BBT Johor. Ketibaan YB Menteri telah disambut oleh Pengerusi JawatanKuasa Pertanian Dan Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar bandar Negeri Johor Yang Berhormat Datoโ€™ Zahari Bin Sarip, Ketua Pengarah Pertanian Malaysia Datuk Nor Sam Alwi dan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Johor Tn. Hj Yosri bin Mohd.YB Menteri telah berikan taklimat oleh Pegawai Pertanian Daerah Tangkak tentang maklumat asas dan kemajuan semasa penanaman padi di Sawah Ring. YB Menteri telah menyaksikan Demontrasi Pembajaan menggunakan Drone. Seterusnya YB Menteri di bawa ke lawatan Reruai yang terdiri dari pameran oleh Pejabat Pertanian daerah Muar, BBT Johor, PPK Bukit Gambir dan Agro Bank Bukit Gambir mengambil slot terakhir sebelum acara seterusnya YB Menteri di bawa ke dalam Dewan Anjung Sawah untuk acara rasmi bersama pesawah dan tetamu.

Kehadiran 300 orang tetamu serta kerjasama yang padu dari pengurusan tertinggi serta warga JPJN Ibu Pejabat, Pejabat Pertanian Tangkak, Pejabat Pertanian Muar, Pejabat Pertanian Segamat dan semua pihak terlibat secara lansung mahu pun tidak lansung di sepanjang lawatan ini telah menjadikan program Lawatan kerja YB Menteri di sawah Ring telah berlansung dengan jayanya.

Onn Hafiz Ghazi

Datoโ€™ Zahari Sarip

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Imbasan Berita