28 Januari 2024 | Ahad
Kunjungan Hormat PIJ Holding Sdn. Bhd ke Jabatan Pertanian Negeri Johor
Anak syarikat milik penuh Perbadanan Islam Johor berhasrat (PIJ Holding Sdn. Bhd) ingin menerajui Projek Jaminan Keselamatan Makanan Halal di Negeri Johor terutama dalam bidang ternakan lembu dan rantaiannya.
Bagi merealisasikan misi tersebut, satu lawatan kunjung hormat bertemu Pengarah Pertanian Negeri Johor, Tuan Haji Yosri Mohd telah diadakan bagi merangka serta menjalankan fasa-fasa berikut: –
FASA 1: Penjualan dan Pemasaran Lembu sempena Aidiladha 2022 kepada Agensi dan awam di Negeri Johor sebanyak 100 ekor lembu yang ditempatkan di Fidlot beralamat KR 03, Ladang Satelit TKPM Bukit Kruin (J25278), Kota Tinggi, Johor.
FASA 2: Penjualan dan Pemasaran Lembu sempena Aidiladha 2023 kepada Agensi dan awam di Negeri Johor sebanyak 300 ekor lembu yang akan ditempatkan di Fidlot beralamat KR 03, Ladang Satelit TKPM Bukit Kruin (J25278), Kota Tinggi, Johor.
FASA 3: Projek tanaman napier seluas 50 ekar di beralamat KR 03, Ladang Satelit TKPM Bukit Kruin (J25278), Kota Tinggi, Johor yang merupakan milik rakan kerjasama.
Semoga dengan kunjungan ini mendapat satu lagi usaha demi meningkatkan keterjaminan makanan khususnya di dalam negeri Johor dan di seluruh Malaysia amnya
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
YAB Datoโ Onn Hafiz Ghazi





![]()
