18 Januari 2024 | Lawatan YB Exco Pertanian ke Sawah Air Papan
Y.B. Dato’ Zahari Bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor mengadakan lawatan kerja ke Projek Sawah Air Papa, Mersing Johor. Turut hadir Tn Hj Yosri Bin Mohd (Pengarah Pertanian Negeri Johor), Pn Marfiah Binti Sodono (Pegawai Pertanian Daerah Mersing), Jurutera Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Mersing serta pegawai dan kakitangan.
Tujuan lawatan kerja ini diadakan adalah untuk meninjau kesan bencana banjir terhadap projek Sawah Air Papan. En Mohamed Asri Bin Jaffar selaku ketua Kelompok Sawah Air Papan telah mengutarakan permasalahan yang dilalui seperti berikut :
Jumlah keluasan sawah padi (Luas Pasel) : 94 hektar
Luas bertanam : 75 hektar
Bilangan pesawah : 63 orang
*Jumlah kawasan yang terkena banjir : 94 hektar*
*Bilangan pesawah terlibat banjir : 12 orang*
*Luas lot sawah terkesan banjir : 8.8 hektar*
Kerajaan Negeri Johor melalui Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani sangat komited dalam membantu para pesawah bagi meringkankan beban yang ditanggung.
![]()







