Pejabat Ahli Parlimen Batu Pahat bersama Jabatan Pertanian Negeri Johor dan FAMA Johor telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Usahawan Tani Rengit bertempat di Dewan Terbuka Parit Gantong, Rengit.

Majlis ini telah disempurnakan dengan perasmian oleh Y.B. Onn Bin Abu Bakar, Ahli Parlimen Batu Pahat. Turut hadir Tn Hj Yosri Bin Mohd (Pengarah Pertanian Negeri Johor), En Mohd Hafiz Bin Ramly (Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan), Puan Mufiddah Binti Mohamad (Pegawai Pertanian Daerah Batu Pahat) & En Azwan Bin Akimat (Pegawai FAMA Daerah Batu Pahat).

Majlis dimulakan dengan Taklimat Insentif Jabatan Pertanian Negeri Johor yang disampaikan oleh Pegawai Pertanian Daerah Batu Pahat. Kemudian berlangsung sesi soal jawab diantara usahawan tani Rengit dan pihak jabatan.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Imbasan Berita