3 Januari 2024
Bersempena dengan kehadiran tahun baru, Pengarah Pertanian Negeri Johor, Tn Hj Yosri Bin Mohd telah menyampaikan amanat beliau dalam perhimpunan pagi bulanan Jabatan Pertanian Negeri Johor.
Majlis dimulakan dengan bacaan Ikrar Akta Rahsia Rasmi 1972 yang diketuai oleh En Mohd Suffian Aizudin Bin Mohd Saleh, Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi) dan diikuti oleh semua pegawai dan kakitangan.
Majlis diteruskan dengan penyampaian pingat dan piala bagi Kejohanan Tertutup Bola Tampar Piala Pengarah Pertanian Negeri Johor dimana pasukan Ibu Pejabat telah merangkul kejuaraan.
Seuntai Kasih, Setulus Budi Sekalung Penghargaan diucapkan kepada Cik Mahani Binti Majid, Ketua Bahagian Pengesanan & Penilaian dengan penyampaian cenderahati sempena pertukaran beliau ke Institut Pertanian Ayer Hitam.






















![]()
