{"id":10155,"date":"2023-04-18T19:55:00","date_gmt":"2023-04-18T11:55:00","guid":{"rendered":"https:\/\/pertanian.johor.gov.my\/web\/?p=10155"},"modified":"2023-07-06T07:58:07","modified_gmt":"2023-07-05T23:58:07","slug":"sayur-berbuah-lebih-menguntungkan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/pertanian.johor.gov.my\/web\/?p=10155","title":{"rendered":"&#8216;Sayur berbuah lebih menguntungkan!&#8217;"},"content":{"rendered":"\n<p>Sayur-sayuran jenis berbuah lebih mudah dipasarkan kerana permintaan tinggi sekali gus membawa pulangan lebih stabil kepada petani.<\/p>\n\n\n\n<p>Itu diakui Zulhelmie Shafie, 26, yang mengusahakan tanaman sayur-sayuran berbuah antaranya timun, peria katak, bendi, labu air dan cili bara sejak tiga tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Kata Zulhelmie yang sememangnya membesar dalam keluarga petani, dia terdorong mengusahakan kebun sayur-sayuran apabila melihat usaha rakannya yang turut mengusahakan kebun berjaya meraih pendapatan lumayan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sebelum mengusahakan tanaman sayur-sayuran, saya membantu orang tua mengusahakan sawah padi sebagai menambah pendapatan keluarga.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kebetulan ada rakan yang terlebih dahulu terbabit dalam projek penanaman sayur dan berjaya, saya jadi minat.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya memulakan tanaman timun bermula dengan dua plot sekitar 0.4 hektar hingga 0.81 hektar.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Percubaan pertama saya membuahkan hasil iaitu menerusi tanaman timun dan peria katak apabila berjaya meraih pendapatan bersih RM3,000 sebulan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Modal permulaan saya adalah sekitar RM30,000 hingga RM40,000 meliputi sewaan tanah, biji benih, baja dan sistem fertigasi selain gaji pekerja,&#8221; katanya yang kini memiliki lebih lima plot tanaman dengan anggaran keluasan hampir tiga hektar.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah Zulhelmie, penanaman sayur berbuah lebih menguntungkan berbanding berdaun yang memiliki lebih banyak risiko.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pernah juga cuba tanaman sayur berdaun, tetapi permintaan kurang menggalakkan daripada pemborong.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Belum lagi masuk faktor cuaca dan serangan perosak lebih ketara pada sayur berdaun menyebabkan sukar memasarkan hasil tanaman pada kualiti baik. Keadaan itu menyebabkan pendapatan atau pulangan untuk dijadikan modal pusingan turut terjejas.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya beralih kepada tanaman yang mendapat permintaan tinggi daripada pasaran dan maklumat sayur diperlukan pengguna berdasarkan maklum balas pemborong atau peraih ,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah Zulhelmie, petani atau pengusaha tanaman mempunyai formula tersendiri dalam memastikan mereka dapat menjana pendapatan dan membantu penghasilan bekalan sayur-sayuran mencukupi termasuk musim perayaan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sebagai petani, saya sentiasa mahu meningkatkan hasil pengeluaran supaya pembeli dapat menikmati harga atau kualiti yang berpatutan<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sokongan kepada Dasar Makanan Negara terutama dalam memastikan sekuriti makanan dapat dicapai kami berusaha mencari penyelesaian terutama dalam meningkatkan &#8216;volume&#8217; pengeluaran hasil sayur,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa sama, dia turut membangunkan sistem kawalan air baja secara dalam talian bagi memudahkannya memantau tanamannya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Petani memiliki formula tersendiri dan saya yang ketika ini aktif fokus kepada tanaman timun, peria katak dan cili bara selain mempunyai formula tersendiri supaya pengeluaran hasil dari ladang dapat dinikmati berterusan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;&#8216;Contohnya timun tempoh tuainya selepas ditanam adalah 30 hingga ke 32 hari, diikuti peria katak memerlukan tempoh 40 hari untuk matang. Berbanding cili bara 60 hari.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya akan tanam cili bara diikuti peria katak dan timun berdasarkan tempoh matang kerana mahu pendapatan konsisten.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tanaman saya juga boleh dipantau berdasarkan teknologi yang mengawal air baja keluar masuk kepada tanaman juga menjadi faktor tanaman boleh mengeluarkan hasil secara seragam,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Di sebalik keuntungan hasil jualan kepada peraih atau pemborong, cabaran petani masa kini adalah berdepan kenaikan harga input pertanian dua hingga tiga kali ganda.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Begitu juga tekanan dihadapi petani untuk memasarkan hasil dengan kadar harga berpatutan adalah harga input barangan pertanian yang sentiasa meningkat dari masa ke masa.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Petani juga ada &#8216;mulut yang perlu disuap&#8217; dan saya berharap pihak berkenaan dapat mencari mekanisme supaya harga input pertanian dapat distabilkan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kebun sayur itu terletak di Sungai Besar, Sabak Bernam Selangor itu turut mengamalkan kaedah fertigasi dan tanaman pintar (smart farming) untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil sayur tempatan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sayur-sayuran jenis berbuah lebih mudah dipasarkan kerana permintaan tinggi sekali gus membawa pulangan lebih stabil kepada petani. Itu diakui Zulhelmie Shafie, 26, yang mengusahakan tanaman sayur-sayuran berbuah antaranya timun, peria katak, bendi, labu air dan cili bara sejak tiga tahun lalu. Kata Zulhelmie yang sememangnya membesar dalam keluarga petani, dia terdorong mengusahakan kebun sayur-sayuran apabila [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":10158,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[95],"tags":[],"class_list":["post-10155","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ibu-pejabat"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/pertanian.johor.gov.my\/web\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10155","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/pertanian.johor.gov.my\/web\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/pertanian.johor.gov.my\/web\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/pertanian.johor.gov.my\/web\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/pertanian.johor.gov.my\/web\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10155"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/pertanian.johor.gov.my\/web\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10155\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10159,"href":"https:\/\/pertanian.johor.gov.my\/web\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10155\/revisions\/10159"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/pertanian.johor.gov.my\/web\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10158"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/pertanian.johor.gov.my\/web\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10155"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/pertanian.johor.gov.my\/web\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10155"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/pertanian.johor.gov.my\/web\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10155"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}