PROGRAM SIJIL PERTANIAN (IPSM)

PROGRAM SIJIL PERTANIAN (IPSM)

PROGRAM SIJIL PERTANIAN (IPSM)

TAWARAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM SIJIL PERTANIAN DI INSTITUT PERTANIAN SEMANANJUNG MALAYSIA TAHUN 2021

*Permohonan Secara Atas Talian Akan Dibuka Bermula 1 JUN 2021 sehingga 30 JUN 2021*

Kalendar Aktiviti Permohonan IPSM di : http://www.doa.gov.my/…/kalendar_permohonan_ipsm_2021.pdf

Borang Atas Talian di :http://www.agris.doa.gov.my/…/ipsm/carian_pelanggan.cfm…

Pengenalan :Institut Pertanian Malaysia merupakan institusi yang mempelopori pendidikan dan latihan pertanian secara holistik peringkat sijil sejak tahun 50an. Program Sijil Pertanian ditawarkan kepada individu yang meminati bidang pertanian bagi membantu transformasi sektor pertanian negara. Ini adalah selaras dengan Dasar AgroMakanan Negara (DAN) yang bertujuan untuk membangunkan sektor pertanian dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara.

Program Sijil Pertanian Malaysia dilaksanakan selama dua tahun dengan 64 jam kredit yang terdiri daripada 70% latihan praktikal dan 30% teori. Kurikulum Program Sijil Pertanian dibangunkan dan dikemaskini mengikut keperluan semasa bagi mematuhi kualiti dan standard yang ditetapkan.

Program Sijil Pertanian Malaysia ditawarkan di Institut Pertanian Serdang, Selangor; Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang; Institut Pertanian Titi Gantong, Perak; Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor; Institut Pertanian Sarawak, Semongok; dan Institut Pertanian Sabah, Timbang Menggaris, Kota Belud.

Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang merupakan satu-satunya Institut Pertanian yang tidak mengendalikan Program Sijil Pertanian, sebaliknya menguruskan Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di bawah pemantauan pihak Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.Semua Institut Pertanian di Semenanjung Malaysia adalah di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Persekutuan melalui Bahagian Pembangunan Modal Insan. Manakala Institut Pertanian yang terletak di Sabah dan Sarawak adalah di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Negeri masing-masing

Matlamat Program :

1. Melahirkan graduan pertanian yang berpengetahuan dan berkemahiran;

2. Menyediakan tenaga kerja yang berdaya saing bagi memenuhi keperluan pasaran;Membangunkan usahawan yang kompetitif dan berdaya tahan; dan

3. Menyediakan laluan pendidikan bagi pembelajaran sepanjang hayat.

Kos Pengajian : Penginapan dan makan minum dibiaya sepenuhnya oleh Kerajaan dan bayaran Pendaftaran dan pengkhususan dibiayai oleh pelajar.

Prospek Kerjaya : Graduan Sijil Pertanian adalah kompeten untuk menjawat jawatan dalam sektor kerajaan, badan berkanun, majlis tempatan, swasta atau menceburi bidang keusahawanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares