Hala Tuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 2019-2020

SERDANG, 14 Februari - Majlis Pelancaran Hala Tuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani "Prioriti dan Strategi 2019-2020" telah dilancarkan dengan jayanya oleh YB Dato' Haji Salahuddin bin Ayub bertempat di MAEPS Serdang hari ini. Dengan adanya dokumen ini diharapkan dapat memperjelaskan hala tuju dan strategi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke arah memperkukuhkan sektor agromakanan negara dan menaikkan taraf hidup petani, penternak dan nelayan.

Hala Tuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani: Prioriti dan Strategi 2019 - 2020 ini dirangka berasaskan tiga dimensi sektor agromakanan iaitu sekuriti makanan negara (food security and safety), pembangunan ekonomi luar bandar serta pelaburan swasta dan perdagangan antarabangsa. Hala Tuju ini juga dibuat setelah menganalisa kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (SWOT analysis) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini.

[ Muat Turun ]

Share This:
Last updated on Thursday, 14 February 2019 - 7:55am