Lesen Pembantu Pemakai Racun Makhluk Perosak

Pengenalan

Seseorang yang menjalankan :

  • Tugas kawalan makhluk perosak yang utama di bawah penyeliaan sendiri; atau
  • Tugas kawalan makhluk perosak yang kecil di bawah penyeliaan.

Seorang Pemakai Racun Makhluk Perosak Berlesen, hendaklah mempunyai suatu Lesen Pembantu Pemakai Racun Makhluk Perosak yang dikeluarkan oleh Lembaga Racun Makhluk Perosak.

Sesuatu permohonan untuk suatu lesen pembantu pemakai racun makhluk perosak hendaklah dibuat secara bertulis kepada Lembaga melalui Borang F dan disertakan dengan fi permohonan sebanyak RM75.00.

Syarat-syarat Lesen Pembantu Pemakai Racun Makhluk Perosak

  • Lesen ini diberikan kepada pemegang lesen untuk menjalankan kawalan makhluk perosak rumah secara am, kawalan anai-anai dan organisma perosak kayu yang lain, kawalan rumpai awam secara am dan kawalan makhluk perosak yang menjejaskan kesihatan awam.
     
  • Melainkan jika dibatalkan atau digantung terlebih dahulu, lesen ini adalah sah selama tempoh dua (2) tahun dari tarikh lesen dikeluarkan.
     
  • Lesen ini tidak boleh dipindahkan miliknya.
     
  • Lesen ini hendaklah dipakai oleh pemegang lesen apabila dia menjalankan pengendalian kawalan makhluk perosak.
     
  • Jika lesen ini hilang, pemegang lesen hendaklah melaporkan perkara itu kepada Lembaga Racun Makhluk Perosak dan memohon untuk penggantiannya.
     
  • Lembaga boleh menghendaki pemegang lesen yang memohon untuk pembaharuan lesen menghadiri kursus yang diaturkan oleh Lembaga Racun Makhluk Perosak dari semasa ke semasa bagi memastikan bahawa pemegang lesen itu terus memenuhi kehendak teknologi yang berubah dan mempunyai tahap kekompetenan dan kebolehan yang berterusan dalam penggunaan racun makhluk perosak secara selamat dan betul.
     
  • Lembaga Racun Makhluk Perosak boleh, sebagai tambahan kepada syarat-syarat di atas, mengenakan apa-apa syarat yang lain yang difikirkannya perlu.

Peperiksaan Pembantu Pemakai Racun Makhluk Perosak

Lembaga akan menjalankan peperiksaan sekurang-kurangnya sekali setahun bagi mereka yang berniat untuk melayakkan diri sebagai Pembantu Pemakai Racun Makhluk Perosak. Kelulusan dalam peperiksaan ini adalah prasyarat bagi permohonan untuk Lesen Pembantu Pemakai Racun Makhluk Perosak. Tujuan utama keperluan ini adalah mempastikan bahawa pengendalian kawalan racun makhluk perosak yang dijalankan bukan sahaja berkesan, tetapi lebih penting daripada itu, tidak memudaratkan penghuni-penghuni premis yang mana racun makhluk perosak dipakai dan juga kontaminan dalam alam sekitar.

Untuk memohon menduduki Peperiksaan Pembantu Pemakai Racun Makhluk Perosak, pemohon hendaklah :

  • Mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan dalam Tahun Enam; atau
     
  • Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman bekerja sebagai seorang pekerja yang terlibat dalam pemakaian racun makhluk perosak dalam suatu syarikat atau perniagaan yang mengendalikan kawalan makhluk perosak; dan
     
  • Mengemukakan kepada Lembaga permohonan dalam Borang A2 dan disertakan dengan fi peperiksaan sebanyak RM100.00.
     

Sila sertakan dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan Sijil Behenti Sekolah Rendah/ Sijil yang setaraf dengannya yang telah diperakui sah; atau
     
  • Surat Pengesahan Majikan (mereka mempunyai pengalaman kerja); dan
     
  • Dua (2) keping gambar passport terkini

Pegawai Penghubung

Nama : Kosong
No. Telefon : 07-2355550
No. Faks : 07-2355551
Emel : ukrp_johor@doa.gov.my, ukrpjhr@gmail.com
Jawatan : Pegawai Pertanian Kuasa Usaha (G44)
Alamat : Aras 1, Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru, Jalan Taruka, Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor