Skim Pengesahan Bahan Tanaman

Pengenalan

Bahan tanaman adalah input asas yang penting bagi pengeluaran hasil tanaman di Malaysia. Penggunaan bahan tanaman diperaku, menjamin ketulenan baka dan kualitinya. Pengeluaran bahan tanaman tulen dan berkualiti hanya dapat dilakukan melalui pematuhan prosedur pengeluaran bahan tanaman dan pencapaian standard yang ditetapkan. Bagi merealisasikan objektif tersebut, Jabatan Pertanian telah mewujudkan Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT).

Di bawah SPBT, Pegawai Pemeriksa kompeten akan memperakukan anak benih klon buah-buahan yang memenuhi standard ditetapkan. Keyakinan pembeli akan meningkat terhadap nurseri tanaman yang mengeluarkan anak benih klon yang diperaku. SPBT terbuka kepada pengusaha nurseri tanaman seluruh Malaysia. Penyertaan adalah secara sukarela dan tidak dikenakan sebarang bayaran.

“SERTAILAH SKIM PENGESAHAN BAHAN TANAMAN UNTUK MENJADI PENGELUAR BAHAN TANAMAN TULEN DAN BERKUALITI”

Faedah

Pengusaha nurseri tanaman yang menyertai SPBT akan menerima faedah berikut:

  • Berpeluang menjadi pembekal bahan tanaman untuk projek pertanian dibawah Jabatan/Agensi Kerajaan;
  • Bahan tanaman yang diperakukan oleh Jabatan Pertanian dapat meningkatkan keyakinan pembeli terhadap ketulenan varieti tanaman;
  • Jabatan Pertanian membantu mempromosikan nurseri tanaman yang menyertai SPBT melalui pameran dan Portal Rasmi Jabatan Pertanian;
  • Menerima khidmat nasihat dan bimbingan daripada pegawai Jabatan Pertanian.

Cara Menyertai SPBT

Pengusaha nurseri tanaman perlu mendaftar sebagai peserta skim dengan mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi dengan memuat turun dari ABK 1 atau di alamat Urusetia Skim Pengesahan Bahan Tanaman, Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, Wisma Tani Aras 7, No. 30 Persiaran Perdana, Presint 4, 62624 Putrajaya.

Selepas menjadi Peserta Skim, pengusaha nurseri tanaman boleh memohon perakuan bahan tanaman mengikut jenis pengeluaran bagi jenis varieti tanaman yang terdapat dalam Senarai Varieti Tanaman untuk pengesahan SPBT. Jenis pengeluaran dan Senarai Varieti Tanaman untuk pengesahan SPBT sentiasa dikemaskini mengikut keperluan semasa. Terkini, Nurseri bolehlah memohon pengesahan untuk pengeluaran bahan tanaman seperti berikut:

Muat Turun

Varieti Tanaman Untuk Pengesahan

Manual SPBT

Buku

Risalah

Lain-Lain

Pertanyaan

Urusetia,
Skim Pengesahan Bahan Tanaman,
Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman,
Jabatan Pertanian,
Aras 7, No. 30, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62624 Putrajaya.

No. Telefon : 03-8870 3448
No. Faks : 03-8888 7639
Emel : spbt@doa.gov.my

Pegawai Penghubung

Nama : Encik Hafizul bin Husin
No. Telefon : 07-7581031
No. Faks : 07-7581388
Emel : bkkt.johor@gmail.com
Jawatan : Pegawai Pertanian Kuasa Usaha (G44)
Alamat : Unit Kawalan Kualiti Tanaman, Kompleks Jabatan Pertanian, 86100 Ayer Hitam, Johor