Skim Perakuan Pensijilan Rawatan Haba Malaysia (MAHTAS)

Pengenalan

Skim Perakuan Rawatan Haba Malaysia (MAHTAS) adalah satu program yang ditawarkan oleh Jabatan Pertanian kepada syarikat-syarikat penyedia rawatan haba yang berminat untuk menjalankan kerja-kerja rawatan kuarantin ke atas kayu pembungkus Wood Packaging Materials (WPM) mengikut kehendak-kehendak piawaian antarabangsa (WTO dan ISPM 15).

Garis Panduan Pendaftaran Penyedia Perkhidmatan Rawatan Haba

Keperluan Perundangan

  • Dokumen Pendaftaran Syarikat yang sah;
  • Diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan (contohnya Majlis Perbandaran atau Daerah);
  • Surat kebenaran oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat;
  • Lain-lain dokumen seperti pengesahan oleh NIOSH; dan
  • Diluluskan oleh pihak-pihak yang berkaitan.

Keperluan Teknikal

Bahan pembungkus kayu, (WPM) hendaklah dirawat dengan kaedah rawatan haba dengan suhu teras dalam kayu tersebut mencapai 56°C selama 30 minit.

  1. Bilangan probes/thermocouples:
  • Minima 4 probes/thermocouples untuk kontena 20 kaki. (Isipadu 33.3 kaki persegi)
  • Minima 6 probes/thermocouples untuk kontena berukuran 20 – 40 x 30’x14’(isipadu 33.3-72 kaki persegi)
  • Minima 12 probes/thermocouples untuk kontena yang melebihi 40’ x 13’ x 14’ (isipadu melebihi 73.3 kaki persegi)
  1. Semua probes/thermocouples mestilah berupaya mengukur suhu 0°C hingga 100°C semasa ujian kalibrasi ringkas yang menggunakan ais dan air mendidih.
  2. Semua probes/thermocouples hendaklah dimasukkan dengan ketat dan betul kedalam kayu dengan kedalaman 5 cm. Satu probes diperlukan untuk mengukur suhu ambient dalam chamber.
  3. Jika terdapat pelbagai variasi kayu pada WPM tersebut, probes hendaklah dimasukkan ke dalam kayu yang paling tebal dan besar.
  4. Setelah mengambil kira ralat kalibrasi, carta dan graf pengukuran suhu hendaklah menunjukkan suhu minimum teras kayu iaitu 56°C yang kekal selama 60 minit. Carta/graf ini hendaklah ditunjukkan semasa proses audit kepada pihak juruaudit.
  5. Syarikat Rawatan Haba hendaklah membuktikan bahawa kesemua probes digunakan diselenggara dengan baik dan betul serta dikalibrasi oleh syarikat bertauliah yang diluluskan oleh pihak SIRIM semasa audit permulaan dan pembaharuan.
  6. Nama operator hendaklah direkodkan di dalam graf tersebut.
  7. Rawatan haba bagi WPM tidak boleh dijalankan serentak dengan bahan kayu lain seperti balak atau kayu bergergaji di dalam chamber rawatan yang sama.
  8. WPM yang telah dirawat mestilah ditanda dengan tanda marking di bawah peraturan ISPM 15. Marking hendaklah jelas, kekal dan mudah dilihat. Warna merah atau oren tidak digalakkan untuk marking.
  9. Pemilik syarikat rawatan haba hendaklah menyimpan rekod WPM yang telah dirawat dan transaksi jualan WPM tersebut dalam bentuk format yang diberikan oleh Jabatan Pertanian.
  10. Syarikat rawatan haba diwajibkan mempunyai ruang stor yang tertutup, terdedah dan kalis perosak untuk menyimpan WPM supaya tidak berlaku infestasi serangga/perosak. Stor mestilah dalam jarak 5 meter daripada kayu yang tidak dirawat.
  11. Tempoh maksimum penyimpanan WPM yang dirawat dalam stor bergantung kepada keperluan Negara pengimport. Oleh yang demikian, adalah baik sekiranya pengeksport merujuk kepada pelanggan di Negara pengimport tentang perkara ini.
  12. Operator, pemilik dan penyelia syarikat rawatan haba hendaklah hadir semasa audit dijalankan.
  13. Syarikat diwajibkan supaya memastikan pelanggan mematuhi dengan ketat peraturan ISPM 15 dan Jabatan Pertanian mengenai penyimpanan dan penggunaan WPM yang mempamerkan marking IPPC.
  14. Operator dan penyelia rawatan haba hendaklah mempunyai pengalaman dalam operasi kiln drying dan menghadiri kursus/latihan oleh pihak Malaysia Timber Industry Board (MTIB) atau Jabatan Perhutanan atau FRIM.
  15. Syarikat hendaklah mempamerkan dengan jelas kedudukan chamber rawatan haba yang digunakan di premis dan lokasi stor di dalam pelan peta lokasi bangunan atau premis.

Penilaian dan Protokol Audit

Sistem Audit

Sistem audit yang digariskan berikut dibuat untuk memastikan prestasi syarikat penyedia rawatan haba yang sah mematuhi segala peraturan dan prosedur yang digariskan dalam Standard dan Skim serta kompeten.

  • Audit Permulaan – Audit ini dijalankan apabila pemohon baru telah bersedia untuk diakreditasi di bawah skim MAHTAS. Audit ini akan berterusan sehingga syarikat mendapat akreditasi tersebut.
  • Announced Audit atau Audit Pematuhan – Sebaik sahaja syarikat telah sah berdaftar di bawah skim, audit ini akan dijalankan setiap 3 bulan oleh pegawai Jabatan Pertanian.
  • Unannounced Audit – Audit akan dijalankan dalam masa 3-6 bulan oleh pegawai Jabatan Pertanian secara mengejut tanpa diberitahu untuk memantau prestasi syarikat dari masa ke semasa.
  • Audit Penyertaan Semula – Audit ini dijalankan setelah satu tempoh penggantungan dikenakan ke atas syarikat. Ianya disebabkan telah berlaku ketidakpatuhan oleh syarikat. Audit akan dibuat 3 bulan selepas tempoh penggantungan apabila syarikat telah bersedia dan memohon secara bertulis. Jika tiada permohonan, audit tidak dibuat.
  • Audit Pembaharuan – Audit pembaharuan tahunan dilakukan 2 bulan sebelum tempoh akreditasi tamat. Syarikat mestilah menghantar permohonan untuk memperbaharui akreditasi 6 bulan sebelum tarikh tamat tempoh.

Aktiviti Audit

Kriteria audit dibahagikan kepada 3 tahap ketidakpatuhan iaitu kritikal, major dan minor. Kritikal akan menyebabkan kepada penggantungan serta merta dari Skim. Major akan membawa kepada langkah pembetulan semula dan audit susulan.

Jabatan Pertanian akan memaklumkan syarikat rawatan haba dalam tempoh 10 hari mengenai ketidakpatuhan dan menasihati serta membimbing syarikat mengenai langkah-langkah pembetulan semula yang perlu diambil.

Juruaudit terdiri dari dua (2) orang pegawai Jabatan Pertanian yang ditugaskan oleh Urusetia Skim untuk mengaudit syarikat. Syarikat akan dimaklumkan mengenai masa dan tarikh audit melalui surat.

Kategori Kepatuhan

Tiga (3) jenis kategori ketidakpatuhan didalam Skim adalah seperti berikut:

  • Kritikal
  • Major
  • Minor

Ketidakpatuhan Kritikal – Akan membawa kepada hukuman berat iaitu dikeluarkan atau digantung dari Skim. Walau bagaimanapun, rayuan boleh dikemukakan selepas 3 bulan penggantungan dan diikuti oleh Audit Reinstatement.

Ketidakpatuhan Major & Minor – Mana-mana syarikat yang melakukan kesalahan di bawah dua kategori ini masih lagi dibenarkan menjalankan kerja tetapi di bawah pengawasan dan penilaian sepatutnya oleh Jabatan Pertanian serta perlu menjalani audit Announced dan Unannounced.

Laporan Bulanan WPM

Syarikat Heat Treatment yang telah diakreditasi mestilah merekod rawatan haba yang dijalankan dan penjualan WPM setiap bulan. Rekod bulanan ini perlu dihantar ke Urusetia Skim MAHTAS setiap sebulan sekali. Graf atau carta suhu rawatan yang dijalankan perlu disimpan untuk tujuan pengauditan.

Laporan Juruaudit

Laporan juruaudit akan dihantar ke Urusetia Skim MAHTAS untuk dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Skim dan seterusnya dibawa ke Jawatankuasa Induk untuk diluluskan.

Sijil Penyertaan

  • Sijil penyertaan akan diberikan kepada pemohon/syarikat yang berjaya menyertai Skim MAHTAS bagi tempoh satu (1) tahun.
  • Setelah hampir tempoh satu (1) tahun, syarikat akan diaudit untuk pembaharuan penyertaan Skim.
  • Akreditasi boleh di tarik balik pada bila-bila masa sekiranya berlaku ketidakpatuhan terhadap syarat dan peraturan Skim.

Pertanyaan

Sebarang permohonan atau pertanyaan mengenai Skim Malaysia Heat Treatment Accreditation Scheme (MAHTAS) boleh diajukan kepada :

Urusetia Skim MAHTAS
Unit Perundangan
Seksyen Penguatkuasaan, Bahagian Biosekuriti Tumbuhan
Jabatan Pertanian, Aras 3, Wisma Tani, Jalan Sultan Salahuddin,
50632 Kuala Lumpur.

No. Tel : 03-2030 1400 / 1412
No. Faks : 03-2691 3530

Pegawai Penghubung

Nama : Puan Zaiti Akmal binti Dahlan
No. Telefon : 07-2239395
No. Faks : 07-2239398
Emel : biosekurititumbuhan@johor.gov.my
Jawatan : Pegawai Pertanian Kuasa Usaha (G52)
Alamat : 256, Jalan Abdul Samad, 80100 Johor Bahru, Johor