Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK)

Pengenalan

Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) diwujudkan selaras dengan kelulusan Jemaah Menteri pada 24 Julai 2002 bagi meningkatkan pengeluaran pertanian melalui model pembangunan insan mahir di dalam bidang pertanian. PLKPK dilaksanakan berteraskan kepada National Occupational Skills Standard (NOSS) dengan peruntukan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (National skill Development Act@NASDA).

Pensijilan

  • Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1
  • Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2
  • Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
  • Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4

Tempoh Latihan

  • Tahap 1 (Sijil) – 6 bulan (600 jam)
  • Tahap 2 (Sijil) – 6 bulan (600 jam)
  • Tahap 3 (Sijil) – 12 – 24 bulan (1,200 – 2,400 jam)
  • Tahap 4 (Diploma) – 12 bulan (1,200 jam) + 3 bulan Latihan Industri (LI)

Bidang Latihan Kemahiran Pertanian

  • Tanaman
  • Pengeluaran Padi
  • Ternakan Ruminan
  • Ternakan Poltri
  • Akuakultur Marin
  • Akuakultur Air Tawar
  • Teknologi Perikanan Tangkapan
  • Pemprosesan Makanan
  • Pemasaran

Institut Latihan Pertanian

  • Kolej Pertanian Malaysia, Kedah
  • Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Perak
  • Akademi Perikanan Malaysia, Terengganu
  • Institut Pertanian Bumbung Lima, Pulau Pinang
  • Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang
  • Institut Pertanian Serdang, Selangor
  • Institut Pertanian Titi Gantong, Perak
  • Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor
  • Institut Pertanian Sarawak, Sarawak
  • Institut Veterinar Malaysia, Johor
  • Institut Teknologi Unggas, Melaka
  • Institut Latihan FAMA, Kelantan
  • MADA Rice Training Center (MRTC), Kedah
  • Pusat Latihan MARDI, Selangor
  • Pusat Latihan Perikanan Tangkapan Tg. Manis, Sarawak

Syarat-Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki sekurang-kurangnya SPM atau setaraf
  • Berumur 18-25 tahun
  • Sihat tubuh badan dan boleh melakukan aktiviti amali di lapangan

Cara Memohon

Pengambilan pelatih baru Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai setiap tahun. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web di pautan berikut :

Kemasukan Januari

Kemasukan Julai

Permohonan Online

 
Program ini diuruskan sepenuhnya oleh Bahagian Latihan Kebangsaan Pertanian, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia

PEGAWAI PENGHUBUNG

Nama : Encik Md Fuad bin Minhaj
No. Telefon : 07-2666709
No. Faks : 07-2661256
Emel : fuad.minhat@johor.gov.my
Jawatan : Penolong Pegawai Pertanian (G36)