Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan berkualiti seperti berikut:

1. Khidmat perundingan dan nasihat teknikal akan diberi dalam tempoh 1 minggu dari tarikh terima permohonan.

2. Maklumbalas permohonan projek-projek pertanian / latihan pertanian akan diberi dalam tempoh 1 minggu dari tarikh terima permohonan

3. Maklumbalas kepada aduan dan pertanyaan orang ramai berkaitan Jabatan Pertanian akan diberi dalam jangkamasa yang ditetapkan mengikut saluran berkaitan:

  • Surat Kepada Pengarang (SKP) : 24 – 72 jam bekerja.
  • Sistem aduan online / e-mel / blog : 7 hari bekerja.
  • SMS / Telefon / Surat / Faks / Datang Sendiri : 14 hari bekerja.
  • Biro Pengaduan Awam (BPA) : 5 hari bekerja.
  • PEMUDAH / Portal MyGovt : 3 hari bekerja.
  • Siasatan lanjut (semua saluran) : Tidak melebihi 30 hari.

4. Khidmat analisis makmal, analisis kesesuaian tanah dan kepakaran diagnostik tanaman bergantung kepada jenis analisis dalam tempoh seperti berikut dari tarikh terima permohonan:

  • Analisis tanah dalam tempoh 9 minggu.
  • Analisis daun dalam tempoh 5 minggu.
  • Analisis baja dalam tempoh 7 minggu.
  • Analisis air dalam tempoh 3 minggu.
  • Analisis hasil pertanian dalam tempoh 7 minggu.
  • Pengeluaran data geospatial, peta tanah, peta guna tanah dan peta terbitan dalam tempoh 2 minggu.
  • Pengeluaran Laporan Pengesahan Kesesuaian Tanah-Tanaman dalam tempoh 2 minggu dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap termasuk pembayaran fi.
  • Analisis residu racun perosak bagi satu sampel hasil pertanian untuk tujuan eksport dalam tempoh 2 minggu.
  • Diagnostik ladang bagi perosak tanaman dalam tempoh 1 minggu.
  • Diagnostik makmal bagi perosak tanaman dalam tempoh 2 minggu.
  • Diagnostik makmal bagi perosak tanaman yang memerlukan pengkulturan dalam tempoh 1 bulan.

5. Khidmat Regulatori

A. Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 : Keputusan bagi permohonan sijil / permit / lesen yang memenuhi syarat / keperluan dalam tempoh seperti berikut dari tarikh terima permohonan:

  • Permit import bagi tumbuhan, bahan tanaman, media tanaman, bahan pembungkus, tanah, organisma berfaedah dalam masa 5 hari.
  • Permit import bagi baja organik dan mikroorganisma dalam tempoh 6 bulan.
  • Sijil Fitosanitasi dan Sijil CITES (Convention on International Trade in Endangered Species) dalam tempoh 2 hari.

B. Akta Racun Makhluk Perosak 1974 : Keputusan bagi permohonan sijil / permit / lesen yang memenuhi syarat/keperluan dalam tempoh seperti berikut dari tarikh terima permohonan:

  • Pendaftaran racun makhluk perosak dalam tempoh 6 bulan.
  • Permit import racun makhluk perosak yang tidak berdaftar untuk tujuan pelajaran / penyelidikan dalam tempoh 10 hari.
  • Lesen pengendali kawalan makhluk perosak dalam tempoh 21 hari.
  • Pelesenan pemakai dan pembantu pemakai racun makhluk perosak dalam tempoh 10 hari.
  • Pengiklanan racun makhluk perosak di semua media dalam tempoh 1 bulan.
  • Penyemburan udara (Aerial Spraying) dalam tempoh 2 minggu.
  • Pelesenan premis untuk menjual / menyimpan untuk jualan dalam tempoh 3 minggu.

C. Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004:

  • Kelulusan Hak Pembiak Baka daripada Lembaga Varieti Tumbuhan dalam tempoh 6 bulan selepas perakuan Jawatankuasa Teknikal

6. Khidmat Inspektorat (Pensijilan dan Pengesahan)

A. Pensijilan : Keputusan bagi permohonan pensijilan yang memenuhi syarat dalam tempoh seperti berikut dari tarikh terima permohonan:

  • Pensijilan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) dalam tempoh 2 tahun.
  • Pensijilan Skim Organik Malaysia (SOM) dalam tempoh 3 tahun.
  • Pensijilan MPCA (Malaysian Phytosanitary Certification Assurance Scheme), MAFAS (Malaysian Fumigation Accreditation Scheme) dan MAHTAS (Malaysian Heat Treatment Accreditation Scheme) dalam tempoh 3 bulan.

B. Pengesahan : Perakuan pengesahan kualiti bagi konsainan bahan tanaman yang memenuhi syarat dan standard dalam tempoh seperti berikut dari tarikh terima permohonan:

  • Pengesahan pengeluaran benih padi (benih padi daftar & benih padi sah) dalam tempoh 2 minggu.
  • Pengesahan benih tanaman dalam tempoh 2 minggu.