Penggunaan ‘Video Conference’ ganti kaedah mesyuarat

Penggunaan ‘Video Conference’ ganti kaedah mesyuarat

Penggunaan ‘Video Conference’ ganti kaedah mesyuarat

16 April 2020
Bilik Mesyuarat Camellia
Jabatan Pertanian Johor
Kota Iskandar

Persidangan Video (Video Conference) yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pertanian Malaysia, YBhg Tn Hj Mohd Nasir bin Warris dan disertai oleh semua Ahli Tetap Mesyuarat Tertinggi Jabatan Pertanian Malaysia. Jabatan Pertanian Johor dihadiri sendiri oleh Pengarah Pertanian Johor, YBhg En. Azreen bin Basir. Ada yang baru pertama kali merasai cara sedemikian.

Mesyuarat dalam Musim PKP Fasa 3 menitik berat berkaitan :

  • Kecukupan bekalan makanan dalam keadaan mampu diperolehi dan dibeli oleh pengguna.
  • Rantaian bekalan makanan yang berjalan lancar.
  • Pengusaha pertanian dan pengedaran barang makanan (bidang essential) diberi ruang yang cukup dengan pematuhan syarat MKN dan KKM.
  • Peringatan kepada seluruh penjawat awam Jabatan Pertanian agar sentiasa menjaga kebersihan diri dan pematuhan PKP 3 dilaksanakan sebagaimana arahan MKN dan KKM.
  • Pemerkasaan jualan produk pertanian dan makanan melalui atas talian (online marketing)


Turut hadir, Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Johor, En Mohd Suffian Aizuddin bin Mohd Saleh. Semoga Negara Malaysia berjaya bebas sepenuhnya dari Covid19 dan kita semua dapat menjalankan kehidupan seperti sediakala.

Sumber: Tuan Haji Mazlan bin Mohammed Salleh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares