Pengarah Pertanian Johor pantau aktiviti pembekalan makanan penduduk terjejas COVID-19

Pengarah Pertanian Johor pantau aktiviti pembekalan makanan penduduk terjejas COVID-19

Pengarah Pertanian Johor pantau aktiviti pembekalan makanan penduduk terjejas COVID-19

KLUANG, 30 Mac – Pengarah Pertanian Negeri Johor, Encik Azreen bin Basir telah membuat lawatan dan meninjau kesiapsiagaan serta keperluan bekalan makanan seperti sayur dan buah adalah mencukupi untuk penduduk di Kg Ibrahim Majid dan Bandar Baru Ibrahim Majid, Simpang Renggam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Hadir sama ialah Pegawai Pertanian Daerah Kluang, Encik Muhammad Faizal bin Saidi.

Beliau juga turut berpesan kepada semua ‘frontliner’ Pejabat Pertanian Daerah Kluang yang terlibat agar turut menjaga kesihatan dan mengikuti segala peraturan yang ditetapkan serta mengambil langkah berhati-hati semasa bertugas bagi menghindari COVID-19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares