Selamat Bersara dan Bertugas di Tempat Baru

Selamat Bersara dan Bertugas di Tempat Baru

Selamat Bersara dan Bertugas di Tempat Baru

ISKANDAR PUTERI, 9 Mac – Sempena Majlis Amanat dan Perhimpunan Pagi Bulanan telah diadakan juga satu majlis meraikan pertukaran dan persaraan warga Jabatan Pertanian Negeri Johor yang bertugas di Ibupejabat. Mereka yang diraikan ialah En. Isamri bin Mohd Yatim iaitu Pembantu Operasi yang telah memilih untuk bersara pilihan mulai 1 Mac 2020 kerana ingin menumpukan sepenuh masa kepada perniagaan yang diceburi. Puan Kamisah binti Mahat , Pembantu Tadbir yang juga merangkap Pembantu Khas kepada Pengarah Pertanian Negeri Johor yang akan bertukar ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Kota Iskandar mulai 2 Mac 2020 dan diikuti oleh En. Hafizal bin Zainal, Pen. Peg. Teknologi Maklumat (ICT) akan bertukar ke Unit Sains Teknologi Dan ICT (USTICT) Kota Iskandar mulai 8 Mac 2020. Selamat bersara dan bertukar diucapkan kepada semua pegawai yang terlibat dan didoakan semoga terus cemerlang menempa kejayaan di tempat baru.

Oleh: M Suhaimi Kumari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares