Pertandingan APT Inovatif peringkat Negeri Johor

Pertandingan APT Inovatif peringkat Negeri Johor

Pertandingan APT Inovatif peringkat Negeri Johor

ISKANDAR PUTERI, 10 Mac – Seramai 10 orang Agen Pengembangan Tanaman (APT) telah dipilih mewakili daerah masing-masing ke Pertandingan APT Inovatif peringkat negeri Johor. Pertandingan ini diadakan bagi memilih APT paling cemerlang dan inovatif untuk dipertandingkan ke peringkat kebangsaan.

Ciri-ciri kecemerlangan adalah berdasarkan penilaian sebagaimana berikut:

  • Buku program aktiviti pengembangan kawasan perkhidmatan tahun 2019.
  • Maklumat perancangan dan laporan aktiviti pengembangan kawasan tahun 2019 dan,
  • Laporan prestasi projek-projek pembangunan blok / kawasan perkhidmatan bagi tahun 2019.

Daerah Kulai diwakili oleh APT En. Abhanizam A. Azis, daerah Johor Bahru diwakili oleh En. Normie Shafie sementara En. Mohd Hadi A Razak mewakili daerah Kota Tinggi, En. Mohd Nor Asraf Abd Mutalib mewakili daerah Pontian, Pn. Khatijah Yacob mewakili daerah Kluang, En. Mohd Fairuz Akmal Mansor mewakili daerah Muar, En. Kamarudin Suradi mewakili daerah Batu Pahat, En. Amirul Izzat Sanit mewakili daerah Tangkak, En. Amirul Faiz Arshad mewakili daerah Mersing dan terakhir sekali ialah En. Rohaizat Roslan mewakili daerah Segamat.

Panel juri pula ialah Pn. Zaiti Akmal Dahlan, Ketua Bahagian Biosekuriti Tumbuhan selaku ketua juri, Tn. Hj. Abd Halim A. Wahab dari Bahagian IAT/PKJ Ibupejabat dan Pn. Norsida Sulaiman dari Bahagian Operasi Ibupejabat.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya terpilih ke peringkat negeri dan semoga seterusnya mampu membawa kejayaan kepada negeri Johor ke peringkat kebangsaan.

Oleh: M Suhaimi Kumari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares