TKPM

Sambutan Hari Ladang Pejabat Pertanian Kota Tinggi

KOTA TINGGI, 23 Julai – Hampir 250 pengunjung dari masyarakat kawasan Sedili Kecil dan dif-dif kehormat dari berbagai Jabatan menghadiri Majlis Hari Ladang dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kota Tinggi Tahun 2016 yang telah diadakan di Pejabat Tapak TKPM Sedili Kecil, Kg. Sedili Kecil. Program ini untuk memperkenalkan tapak projek TKPM di daerah ini, serta penyerahan sijil bantuan pada usahawan di bawah bimbingan Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi Tahun 2016 antaranya ialah Program Galakan Usahawan dan Program Pembangunan Pertanian khas untuk Kawasan DUN...

Lawatan ke projek Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan Ulu Tiram

KOTA TINGGI, 28 Mei – Seramai 100 orang peserta gabungan pelajar dan ibubapa dari Persatuan Buddhist Tzu Chi. Menurut urus setia persatuan ini Persatuan Buddhist Tzu Chi adalah Pertubuhan kebajikan yang menbantu keluarga miskin jangka panjang dan pendek, mangsa bencana dan melaksanakan projek kitar semula. Selain itu, kelas pendidikan Humanity menjalankan pendidikan sepanjang hayat untuk kanak-kanak dan remaja demi mencapai hasrat pengasas pertubuhan “Master Cheng Yen” iaitu Mesyuarat aman, tenteram dan harmoni .Pendidikan Humanity Tzu Chi berhasrat mencapai objektif...

Pekerja ikuti seminar kebun sayur

KOTA TINGGI, 29 Mei - Seramai 40 orang pekerja di TKPM Ulu Tiram diberikan taklimat tentang bagaimana cara penyemburan racun yang betul di kawasan tanaman. Kebanyakan mereka pekerja asing dari Indonesia ini tidak arif tentang jenis, penggunaan racun yang sesuai, malahan bagaimana cara yang betul untuk meracun. Inisiatif dari Penyelia TKPM, Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi iaitu En. Saifulizan Mustaffar memberikan keterangan lanjut langkah-langkah keselamatan yang perlu diketahui oleh semua pekerja-pekerja di kawasan ladang tanaman khasnya. Penggunaan pakaian...

Solat Hajat di TKPM Sedili

MAWAI, 22 Mei – Hampir empat bulan tanah di Mawai tidak dibasahi hujan sehingga mengakibatkan kemerosotan paras air di Empangan Sungai Lebam, tanaman musnah ketandusan sumber air sehinggakan kemerosotan pengeluaran hasil pertanian di kawasan ini. Inisiatif dari En. Saifulizan Mustaffar, Penolong Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi untuk memanggil peserta TKPM Sedili yang beragama islam serta beberapa penduduk setempat melakukan solat hajat bagi meminta kepada Allah SWT menurunkan hujan. Kemusnahan besar kepada tanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan terjejas pada...