TANGKAK

Pertandingan Kelompok Tani Jaya & Kumpulan Wanita Jaya Peringkat Negeri

TANGKAK, 9 April – Bertempat di Pejabat Pertanian Kawasan Sawah Ring, Bukit Gambir telah diadakan penilaian bagi Pertandingan Kelompok Jaya Peringkat Negeri yang diwakili oleh PB Kelompok Sayur Sengkang. Seramai 6 juri terlibat sebagai panel juri penilaian. Taklimat telah disampaikan oleh ahli kelompok Sengkang dan kemudiannya dibawa melawat ke projek sayuran berkelompok Sengkang. Pada sebelah petangnya pula telah diadakan penilaian bagi pertandingan Kumpulan Wanita Jaya Peringkat Negeri yang diwakili KPW Kg Kesang Laut, Kesang. Panel juri seramai 5 orang terlibat dalam...

Merakyatkan Sektor Pertanian

BUKIT GAMBIR, 4 April - Pejabat Pertanian Daerah Tangkak telah mengadakan program Merakyatkan Pertanian yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Asojan a/l Muniandy selaku Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir di Dewan Serbaguna Bukit Gambir. Program telah dihadiri seramai 80 orang yang terdiri daripada ketua kampung dan ketua masyarakat Cina bagi DUN Gambir. Dalam pada itu, turut diagihkan anak pokok tanaman Durian D197 dan anak pokok kelapa pandan. Program tersebut turut dihadiri oleh Encik Mohd hafizh bin Hussain, Pegawai Pertanian Daerah Tangkak....

Majlis perasmian bengkel otak-otak Ledang

TANGKAK, 5 Mac - Bertempat di Parit Sialang, Mukim Kundang, Tangkak telah berlangsungnya Majlis Perasmian Bengkel Otak-otak Ledang milik Syarikat Norlin Frozen Food. Bengkel otak-otak adalah bantuan daripada projek pembagunan Industri Asas Tani Tahun 2016, Jabatan Pertanian Negeri Johor. Program telah dirasmikan oleh YB Ir Dr Haji Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli serta merangkap Ahli Parlimen Ledang. Turut dihadiri juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Serom, YB Abd Razak bin Minhat serta turut hadir sama ketua-ketua Jabatan dan Agensi....