segamat

Belia ikuti kursus pembuatan biskut

SEGAMAT, 3 Jun - Telah dijalankan satu kursus pembuatan biskut yang merupakan kursus yang terakhir bagi Latihan Kemahiran Tidak Formal (LKTF) bagi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat. LKTF merupakan satu program yang banyak memberi ruang dan peluang kepada lebih ramai belia mendapat kemahiran mengikut bidang yang disediakan. Pendekatan yang fleksibel dari segi masa latihan dan kursus yang ditawarkan. Impak dari perlaksanaan amat positif sehingga ada yang telah menjadi usahawan hasil dari mengikuti LKTF. Pegawai pembimbing IAT Pejabat Pertanian Daerah Segamat, Puan...

Minggu Perusahaan Kecil & Sederhana

SEGAMAT, 4 Jun - Telah berlangsungnya program Minggu Perusahaan Kecil dan Sederhana 2016 Peringkat Negeri Johor pada 3 & 4 Jun yang telah diadakan di Dataran Segamat. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang Minggu PKS ini berlangsung. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Ayub Bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kemelah.

Mini Agro Johor Segamat membuka minda masyarakat

LABIS, 8 Mei - Mini Agro Johor kali ini giliran daerah Segamat selaku tuan rumah diadakan di Dataran Labis. Masyarakat Labis berduyun-duyun mengunjungi program ini yang diisi dengan pameran jabatan dan agensi kerajaan, promosi dan jualan produk usahawan, persembahan artis jemputan, Forum Perdana Ehwal Islam, pertandingan karaoke, cabutan bertuah, demo masakan, auto show dan mini zoo serta banyak lagi aktiviti menanti penunjung.

Majlis perasmian di sempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat....