PPAH

51 belia tamat kursus kemahiran pertanian

AYER HITAM, 30 Mac - Seramai 51 orang peserta Kursus Kemahiran Pertanian telah berjaya menamatkan kursus selama 2 bulan di Pusat Pertanian Ayer Hitam dengan jayanya. Peserta yang terdiri daripada belia dan beliawanis Negeri Johor ini telah memulakan kursus pada 30 Januari 2017 hingga 30 Mac 2017. Antara jenis kursus yang dijalankan iaitu Kursus Pengurusan Tanaman Sayuran, Kursus Pengurusan Tanaman Buah Buahan dan Kursus Industri Asas Tani. Majlis Penyampaian Sijil ini telah disempurnakan oleh Wakil Pengarah Pertanian Negeri Johor iaitu Encik Ramli bin Affindi, Timbalan...

53 penuntut baru Pusat Pertanian Ayer Hitam

AYER HITAM, 6 Februari - Telah diadakan Majlis Penutup Minggu Suai Kenal Penuntut Pusat Pertanian Ayer Hitam bagi sesi 2017 yang telah disempurnakan oleh Encik Samat bin Md Yusof, Ketua Pusat Pertanian Ayer Hitam. Seramai 53 penuntut baru bagi sesi ini telah berjaya mengikuti minggu suai kenal ini bagi memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai keadaan dan juga persekitaran yang terdapat di PPAH. Selain itu, program ini juga diadakan bagi merapatkan lagi perhubungan diantara penuntut yang datang dari tempat yang berbeza serta dapat mengenali dengan lebih dekat pegawai...

DURIMAS dianugerah Projek Harapan Terbaik

PUTRAJAYA, 5 September - Kumpulan Inovatif dan Kreatif Pusat Pertanian Ayer Hitam juga dikenali dengan nama kumpulan Durimas telah dianugerahkan Projek Terbaik (Harapan) di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang telah diadakan bermula pada 5 hingga 8 September bertempat di Dewan Serbaguna kementerian.

Kumpulan Durimas telah diketuai oleh Encik Surif bin Lani telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000.00 dan trofi. Majlis penyampaian telah diadakan pada 8 September dan telah...

PPAH terima lawatan daripada peserta kursus di IKWAS

AYER HITAM, 3 Mei - Seramai 40 peserta Kursus Kepimpinan Transformatif dan Pengurusan Organisasi, INTAN Wilayah Selatan telah mengadakan lawatan ke Pusat Pertanian Ayer Hitam. Lawatan diketuai oleh Puan Hajah Khadijah binti Haji Ismail, Penyelaras Kursus ini. Tujuan lawatan diadakan adalah bagi mendapatkan taklimat berkaitan kemudahan pembelajaran yang disediakan di PPAH. Selain itu, satu pengkongsian pelaksanaan projek-projek pertanian yang boleh dibangunankan di komuniti masing-masing. Selain itu juga, ia juga dapat meluaskan jalinan dan meneroka peluang kerjasama di...