pgu

Program Pertanian Rakyat & Bantuan PGU DUN Pasir Raja

KOTA TINGGI, 30 Mac – Bertempat di Dewan Terbuka Taman Sri Lalang, Kota Tinggi telah berlangsungnya Program Pertanian Rakyat dan Penyampaian Sijil Bantuan Program Galakan Usahawan anjuran Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi. Majlis yang berlangsung pada jam 3.00 petang itu telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr Adham Baba selaku Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Raja.

Seramai 98 orang hadir bagi menerima agihan benih durian 'musang king' dan kelapa pandan. Majlis yang disambut baik itu mendapat sambutan yang memberasangkan...

Jabatan Pertanian prihatin nasib petani

PONTIAN, 31 Disember - Kejadian ribut telah berlaku menyebabkan berlaku kerosakan pada sebuah projek Fertigasi milik Encik Agus bin Mok Kromin di bawah bimbingan Jabatan Pertanian. Pihak Agen Pengembangan Kawasan bersama-sama dengan Pegawai Pertanian Daerah Pontian, Encik Mohd Taufik bin Mohd Yusuff segera bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat kerosakan yang berlaku akibat bencana ribut ini. Lokasi projek bertempat di Lot 1091, Kampung Parit Haji Karim, Ayer Baloi. Berkeluasan 0.2 hektar dan jenis tanaman adalah tanaman cili. Selepas tinjauan dibuat, sebanyak 6 unit...

Jelajah PGU suntik semangat usahawan kecil

PONTIAN, 2 Disember - Seramai 40 usahawan bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Johor melalui Program Galakan Usahawan telah mengikuti dengan jayanya program lawatan ke daerah Pontian. Program yang diberi nama Program Jelajah PGU ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada usahawan-usahawan industri kecil untuk bangkit dan memberi motivasi kepada mereka untuk lebih komited dan dapat menambahkan cawangan pasaran. Peserta telah dibawa meninjau 3 lokasi usahawan yang telah berjaya dan memiliki nilai jualan tahunan melebihi RM 1 juta. Melalui program ini peserta dapat bertanya terus...