Pertanian Rakyat

Majlis Penyampaian Peralatan PGU Fertigasi & Nutripot

MUAR, 1 Jun - Seramai 75 peserta telah menerima Bantuan Peralatan Fertigasi di bawah Program Pertanian Rakyat dan 15 orang peserta wakil dari NGO telah menerima Set Mini Fertigasi di bawah DUN Jorak dan DUN Bukit Serampang. Penyerahan bantuan ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Ismail Bin Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Johor. Majlis tersebut telah dihadiri seramai 90 orang peserta. Acara majlis telah dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan dari Pegawai Pertanian Daerah Muar...

Program Pertanian Rakyat & Bantuan PGU DUN Pasir Raja

KOTA TINGGI, 30 Mac – Bertempat di Dewan Terbuka Taman Sri Lalang, Kota Tinggi telah berlangsungnya Program Pertanian Rakyat dan Penyampaian Sijil Bantuan Program Galakan Usahawan anjuran Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi. Majlis yang berlangsung pada jam 3.00 petang itu telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr Adham Baba selaku Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Raja.

Seramai 98 orang hadir bagi menerima agihan benih durian 'musang king' dan kelapa pandan. Majlis yang disambut baik itu mendapat sambutan yang memberasangkan...