pertanian bandar

Projek Pertanian Bandar Surau Abidin, Taman Sri Putri

JOHOR BAHRU, 27 Mac - Surau Abidin Taman Sri Putri, Johor Bahru telah menerima kunjungan daripada Pegawai daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang ingin melihat kemajuan Projek Pertanian Bandar yang telah diadakan di kawasan surau. Projek Pertanian Bandar bimbingan Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru ini merupakan projek terbaik di daerah Johor Bahru. Projek ini akan dijadikan sebagai satu projek contoh kepada komuniti dan agensi luar.

Program Pertanian Komuniti Rumah Sri Kenangan Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 19 Mac - Program 'Corporate Social Responsibility' (CSR) bersama Penghuni Rumah Seri Kenangan Johor Bahru anjuran KWSP. Program ini telah disempurnakan oleh YB Puan Hajah Asiah Binti Md. Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor. Pihak Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru telah menyumbangkan set nutripot kepada penghuni rumah seri kenangan sebagai tambahan yang sedia ada. Hasil tanaman seperti serai dan cili dijual kepada peserta pasar tani dan pasaran setempat. Rumah Seri Kenangan merupakan projek anak angkat...

24 penduduk Taman Guru terima input pertanian bandar

MERSING, 26 Disember - Seramai 24 penduduk Taman Guru, Kampung Air Merah daerah ini telah menerima bantuan input pertanian bagi mempromosikan Pertanian Bandar. Majlis penyerahan ini telah diadakan di Balai Raya Taman Guru. Penyerahan peralatan program Pertanian Bandar ini telah disempurnakan oleh Puan Zainorita binti Basiran, Penolong Pegawai Pertanian Daerah Mersing.

Dalam masa yang sama turut diberikan kepada penerima ialah kursus ringkas berkaitan kaedah penyediaan baja, penanaman, penjagaan dan kawalan perosak dan penyakit. Kursus ini...

Program Pertanian Bandar di AADK Kota Tinggi

KOTA TINGGI, 8 November - Seramai 14 orang kakitangan dan peserta dari Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kota Tinggi telah menjayakan Program Pertanian Bandar yang dianjurkan oleh Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi. Menurut Encik Kadir Atan, perlaksanaan program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai amnya dan peserta-peserta AADK khasnya dengan penggunaan teknologi serta kaedah pertanian di Malaysia. Hands on dibuat bagi menunjukkan lebih dekat lagi bagaimana kaedah sebenar NFT digunakan. Dalam ucapan aluan dari Pegawai AADK daerah Kota...

Program Pertanian Rakyat di SK Bandar

KOTA TINGGI, 3 November - Seramai 86 orang guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Bandar menjayakan Program Pertanian Rakyat anjuran Jabatan Pertanian Negeri Johor yang dilaksanakan oleh Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi. Puan Nor Faezah Abdul Muis mengetuai demonstrasi bagaimana cara melaksanakan kaedah penggunaan NFT dan Sistem Hidroponik yang dibekalkan. Menurut guru penasihat program ini Puan Kamilah Amat, amat berbesar hati dengan bantuan yang disalurkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Johor bagi mengadaptasikan salah satu program di sekolah untuk menjadikan...

10 buah sekolah daerah Kota Tinggi laksana Program Pertanian Bandar

KOTA TINGGI, 25 September - Pasukan dari Unit Program Khas Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi dan juga wakil dari Jabatan Pertanian Negeri Johor telah membuat lawatan tinjauan untuk Projek Pertanian Bandar dan Program Galakan Usahawan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar untuk memastikan misi projek yang dibuat menepati kehendak program. Selain itu, tinjauan ini diadakan sebagai persediaan awal dalam mengadakan Program Pelancaran dan Penyerahan PGU yang bakal diadakan pada 26 September 2016 ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar, Kota Tinggi....

Ibu tunggal ikuti kursus pertanian bandar

MERSING, 21 September - Seramai 20 ibu tunggal di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga daerah ini telah mengikuti dengan jayanya kursus pertanian bandar anjuran bersama Pejabat Pertanian Daerah Mersing. Kursus sehari yang diadakan di Pusat Pertanian Tenglu ini dibimbing oleh Encik Mohd Rahim bin Jais, Penolong Pegawai Pertanian.

Antara pengetahuan yang diberikan dalam kursus ini meliputi tanaman keliling rumah secara hidroponik, Nutrien Film Technique (NFT), Nurti Pot dan fertigasi. Pelbagai kaedah tanaman ditunjukkan agar peserta dapat gambaran...

Hasil pertanian dalam taman perumahan

MERSING, 20 September - Seramai hampir 50 peserta terdiri daripada penduduk di perumahan Taman Sri Daik, Mersing telah mengikuti dengan jayanya Kursus Fertigasi dalam Program Pertanian Bandar. Seramai 14 peserta terlibat dalam projek komuniti secara fertigasi dan selebihnya mengusahakan secara kecil dalam Nutri Pot. Kursus telah dikendalikan oleh Encik Mohd Rahim bin Jais, Penolong Pegawai Pertanian.

Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan dan pengetahuan serta menyalurkan bantuan kepada peserta program pertanian bandar bagi tahun ini....

Ibu tunggal ikuti kursus pertanian bandar

JOHOR BAHRU, 1 Jun - Seramai 50 ibu tunggal telah mengikuti dengan jayanya Kursus Pertanian Bandar anjuran bersama Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru dan Yayasan Pembangunan Keluarga. Peserta kursus telah dibimbing oleh Encik A Azis bin A Karim, Penolong Pegawai Pertanian mengenai teknik dan kaedah dalam mengamalkan pertanian bandar. Peserta telah diberikan pendedahan kepada penanaman menggunakan Nutri Pot. Pelaksanaan teknik nutri pot dapat mengurangkan jumlah siraman kepada tanaman dan ia sesuai ditanam dikawasan yang terhad. Peserta juga berpeluang melawat ke...

Program Pertanian Bandar Tadika Taman Kota Mas

KOTA TINGGI, Mei 19 – Melentur buluh biar dari rebungnya pepatah menyatakan. Pendedahan awal kepada anak-anak untuk mengenali apa itu tanaman yang dapat menghasilkan sayur-sayuran yang mereka makan setiap hari menjadikan salah satu ilmu pengetahuan yang sangat berguna pada pelajar-pelajar cilik ini. Dalam program ini mereka dapat melakukan sendiri bagaimana proses tanaman secara moden ini dilakukan. Duakaedah yang telah diberikan oleh Pn. Nur Faezah Abdul Muis, Penolong Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi, untuk menanam secara Hidroponik, iaitu secara sistem deep water...