Mersing

24 penduduk Taman Guru terima input pertanian bandar

MERSING, 26 Disember - Seramai 24 penduduk Taman Guru, Kampung Air Merah daerah ini telah menerima bantuan input pertanian bagi mempromosikan Pertanian Bandar. Majlis penyerahan ini telah diadakan di Balai Raya Taman Guru. Penyerahan peralatan program Pertanian Bandar ini telah disempurnakan oleh Puan Zainorita binti Basiran, Penolong Pegawai Pertanian Daerah Mersing.

Dalam masa yang sama turut diberikan kepada penerima ialah kursus ringkas berkaitan kaedah penyediaan baja, penanaman, penjagaan dan kawalan perosak dan penyakit. Kursus ini...

Hasil pertanian dalam taman perumahan

MERSING, 20 September - Seramai hampir 50 peserta terdiri daripada penduduk di perumahan Taman Sri Daik, Mersing telah mengikuti dengan jayanya Kursus Fertigasi dalam Program Pertanian Bandar. Seramai 14 peserta terlibat dalam projek komuniti secara fertigasi dan selebihnya mengusahakan secara kecil dalam Nutri Pot. Kursus telah dikendalikan oleh Encik Mohd Rahim bin Jais, Penolong Pegawai Pertanian.

Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan dan pengetahuan serta menyalurkan bantuan kepada peserta program pertanian bandar bagi tahun ini....

Percubaan pengeluaran cendawan Volvariella

MERSING - Percubaan menanam cendawan Volvariella Volvacea telah dilakukan di Pejabat Pertanian Tenglu oleh Cik Afiqah binti Rahib, Pelajar Praktikal dari Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu. Penanaman ini diselia bersama pegawai pertanian daerah Mersing. Percubaan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan potensi hasil pengeluaran cendawan jenis ini. Seterusnya, maklumat yang diperolehi ini akan disebarkan kepada golongan sasar yang berminat untuk menceburkan diri dalam tanaman cendawan ini. Penanam telah dibuat pada awal bulan Mei 2016 sehingga...