kursus

Kursus penghasilan produk sejuk beku

JOHOR BAHRU, 26 Mac - Seramai 18 peserta Kursus Sejuk Beku anjuran Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru telah mengikuti dengan jayanya kursus ini. Kursus membuat produk sejuk beku yang dianjurkan oleh Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru ini telah dihadiri oleh usahawan yang baru menceburkan diri di dalam bidang perusahaan pembuatan makanan. Kursus ini meibatkan seramai 18 orang yang bakal menjadi usahawan sejuk beku di daerah Johor Bahru ini. Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru sentiasa akan memberikan pendedahan serta teknik terkini dalam perusahaan makanan yang...

Belia ikuti kursus pembuatan biskut

SEGAMAT, 3 Jun - Telah dijalankan satu kursus pembuatan biskut yang merupakan kursus yang terakhir bagi Latihan Kemahiran Tidak Formal (LKTF) bagi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat. LKTF merupakan satu program yang banyak memberi ruang dan peluang kepada lebih ramai belia mendapat kemahiran mengikut bidang yang disediakan. Pendekatan yang fleksibel dari segi masa latihan dan kursus yang ditawarkan. Impak dari perlaksanaan amat positif sehingga ada yang telah menjadi usahawan hasil dari mengikuti LKTF. Pegawai pembimbing IAT Pejabat Pertanian Daerah Segamat, Puan...

150 usahawan ikuti kursus keusahawanan

BATU PAHAT, 2 Jun - Seramai 150 usahawan dibawah bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Johor telah mengikuti dengan jayanya Kursus Keusahawanan Industri Asas Tani anjuran bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dan Jabatan Pertanian Negeri Johor. Kursus selama 2 hari ini telah dilaksanakan di Hotel Katerina, Batu Pahat. Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Ismail bin Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Johor.

Kursus pembuatan kek

SEGAMAT, 20 Mei - Telah dijalankan satu kursus pembuatan pelbagai jenis kek telah dijalankan di Makmal PKT Segamat Utara. Kursus ini merupakan latihan kemahiran tidak formal (LKTF) Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat. Pegawai pembimbing IAT Pejabat Pertanian Daerah Segamat Puan Noorsakinah binti Sothir adalah tenaga pengajar sepanjang kursus tersebut dijalankan.

Kursus pembuatan Cream Puff & Puding Roti

SEGAMAT, 13 Mei - Seramai 20 belia telah mengikuti dengan jayanya Latihan Kemahiran Tidak Formal (LKTF) Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat bertempat di Pejabat Pertanian Segamat. Melalui latihan LKTF ini, peserta telah dibimbing oleh Puan Noorsakinah binti Sothir dalam membuat Cream Puff dan Puding Roti. Melalui kursus ini, peserta diberikan peluang untuk menghasilkan produk mengikut kaedah yang terbaik dan boleh dikomersilkan sebagai tambahan ekonomi.

24 usahawan, bakal usahawan ikuti kursus pembuatan roti

AYER HITAM, 3 Mei - Seramai 24 usahawan dan bakal usahawan telah mengikuti dengan jayanya kursus asas pembuatan roti dan pastri anjuran Pusat Pertanian Ayer Hitam. Kursus yang dijalankan selama 2 hari bermula hari ini memberi pendedahan dan latihan kepada usahawan dan bakal usahawan yang berminat menceburi bidang ini serta memberi pendapatan sampingan untuk menambah pendapatan hasil isi rumah.

Peserta telah dibimbing oleh Puan Hajah Zalipah bin Adman, Penolong Pegawai Pertanian. Diakhir kursus peserta telah menerima sijil yang telah...

Kakitangan & Pegawai Bahagian Teknikal ikuti Kursus Integriti

AYER HITAM, 8 Mei - Seramai 150 pegawai dan kakitangan pelbagai lapisan Bahagian Teknikal Ayer Hitam dan Kakitangan Pusat Pertanian Ayer Hitam telah menghadiri dengan jayanya Kursus Integriti yang dianjurkan Bahagian Teknikal Ayer Hitam yang diketuai Encik Azreen bin Basir, K/U Bahagian Kejuruteraan Pertanian Ayer Hitam. Penceramah terdiri daripada Encik Azri bin Yusop, Penguasa Kanan SPRM Daerah Kluang dan Encik Muhammad Faiq bin Hafiz, Pembantu Antidadah, Unit Pencegahan AADK Kluang. Ujian saringan air kencing juga telah dilakukan kepada semua kakitangan oleh pegawai-...

PPAH terima lawatan daripada peserta kursus di IKWAS

AYER HITAM, 3 Mei - Seramai 40 peserta Kursus Kepimpinan Transformatif dan Pengurusan Organisasi, INTAN Wilayah Selatan telah mengadakan lawatan ke Pusat Pertanian Ayer Hitam. Lawatan diketuai oleh Puan Hajah Khadijah binti Haji Ismail, Penyelaras Kursus ini. Tujuan lawatan diadakan adalah bagi mendapatkan taklimat berkaitan kemudahan pembelajaran yang disediakan di PPAH. Selain itu, satu pengkongsian pelaksanaan projek-projek pertanian yang boleh dibangunankan di komuniti masing-masing. Selain itu juga, ia juga dapat meluaskan jalinan dan meneroka peluang kerjasama di...