KPW

Pertandingan Kelompok Tani Jaya & Kumpulan Wanita Jaya Peringkat Negeri

TANGKAK, 9 April – Bertempat di Pejabat Pertanian Kawasan Sawah Ring, Bukit Gambir telah diadakan penilaian bagi Pertandingan Kelompok Jaya Peringkat Negeri yang diwakili oleh PB Kelompok Sayur Sengkang. Seramai 6 juri terlibat sebagai panel juri penilaian. Taklimat telah disampaikan oleh ahli kelompok Sengkang dan kemudiannya dibawa melawat ke projek sayuran berkelompok Sengkang. Pada sebelah petangnya pula telah diadakan penilaian bagi pertandingan Kumpulan Wanita Jaya Peringkat Negeri yang diwakili KPW Kg Kesang Laut, Kesang. Panel juri seramai 5 orang terlibat dalam...

KPW Seri Utama mewakili Johor ke Pertandingan KWJ Kebangsaan

BATU PAHAT, 18 April – Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) Seri Utama, Kg. Sg. Nibong, Semerah, Batu Pahat di bawah bimbingan Jabatan Pertanian telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Kumpulan Wanita Jaya (KWJ) peringkat negeri Johor dan akan mewakili Johor menyertai pertandingan Anugerah KWJ Peringkat Kebangsaan bersempena Hari Peladang, Penternak & Nelayan Kebangsaan (HPPNK) dan MAHA 2016 yang akan diadakan di MAEPS, Serdang, Selangor tidak lama lagi.

KPW Seri Utama telah memenangi pertandingan setelah Kumpulan Wanita Unit Peladang Seri...