kota tinggi

Pertandingan Kumpulan Wanita Jaya Peringkat Negeri 2017

KOTA TINGGI, 5 April - Telah berlangsungnya Pertandingan Kumpulan Wanita Jaya (KPW) peringkat Negeri Johor tahun 2017 di Felda Air Tawar 1, Kota Tinggi Johor. Program yang sudah diperkenalkan sejak tahun 1978 ini merupakan di bawah naungan Program PKT Jabatan Pertanian dan bertujuan untuk para wanita tani dalam satu organisasi di bawah pemimpin tempatan dan berpeluang terlibat sama dalam merancang program dan aktiviti yang memenuhi keperluan mereka. Panel Penilai yang terdiri daripada pegawai Jabatan Pertanian Johor, Jabatan Perikanan, Lembaga Nenas dan Lembaga...

Program Pertanian Bandar di AADK Kota Tinggi

KOTA TINGGI, 8 November - Seramai 14 orang kakitangan dan peserta dari Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kota Tinggi telah menjayakan Program Pertanian Bandar yang dianjurkan oleh Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi. Menurut Encik Kadir Atan, perlaksanaan program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai amnya dan peserta-peserta AADK khasnya dengan penggunaan teknologi serta kaedah pertanian di Malaysia. Hands on dibuat bagi menunjukkan lebih dekat lagi bagaimana kaedah sebenar NFT digunakan. Dalam ucapan aluan dari Pegawai AADK daerah Kota...

10 buah sekolah daerah Kota Tinggi laksana Program Pertanian Bandar

KOTA TINGGI, 25 September - Pasukan dari Unit Program Khas Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi dan juga wakil dari Jabatan Pertanian Negeri Johor telah membuat lawatan tinjauan untuk Projek Pertanian Bandar dan Program Galakan Usahawan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar untuk memastikan misi projek yang dibuat menepati kehendak program. Selain itu, tinjauan ini diadakan sebagai persediaan awal dalam mengadakan Program Pelancaran dan Penyerahan PGU yang bakal diadakan pada 26 September 2016 ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar, Kota Tinggi....

Hari Tani Daerah Kota Tinggi

KOTA TINGGI, 11 Oktober - Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi telah menganjurkan Hari Tani peringkat daerah ini bertempat di Dewan Kejora, Bandar Tenggara. Seramai 170 petani dan penduduk setempat telah terlibat dalam majlis ini. Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Haji Baderi bin Haji Dasuki, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Panti.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti pameran dan jualan daripada usahawan dan agensi kerajaan seperti TEKUN, FAMA, Pejabat Kesihatan, AKM Tani, Bifa Farm dan juga Unit PTIF. Usahawan yang terlibat ialah Usahawan Bahulu - En. Hafiz Bin Ardani, Usahawan...