KMJ2016

Kembara Mahkota Johor tiba di Daerah Mersing

MERSING, 14 Mei - Aturcara program Kembara Mahkota Johor ke Daerah Mersing adalah lawatan Tuanku Sultan Johor ke projek fertigasi Felda Tenggaroh 6, usahawan Mohd Effindi bin Mohamad. Tuanku berkenan untuk melawat dan melakukan aktiviti menuai tanaman cili dan terong dan turut berminat untuk mendapatkan pokok cili untuk ditanam di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru. Seterusnya lawatan Tuanku Sultan ke gerai pameran Jabatan Pertanian di mana Tuanku disajikan dengan kek 3 tingkat, soto dan kordial buah mata kucing.

Persiapan Kembara Mahkota Johor 2016 Daerah Mersing

MERSING, 14 Mei - Persiapan menyambut konvoi Kembara Mahkota Johor 2016 giat dipersiapkan oleh kakitangan Pejabat Pertanian Daerah Mersing. Antara persiapan awal yang dijalankan ialah pameran teknologi fertigasi, pertanian bandar dan juga pameran berkaitan musuh tanaman.

Pameran Pertanian Bandar sempena Kembara Mahkota Johor

KULAI, 14 Mei - Sempena dengan Kembara Mahkota Johor tahun 2016 ini, Pejabat Pertanian Daerah Kulai telah menyediakan ruangan pameran bagi pengunjung yang datang ke lokasi perhentian KMJ iaitu di Felda Inas Utara. Disamping dapat bertemu dengan rombongan KMJ, pengunjung juga dapat melihat teknologi terbaru dalam bidang pertanian. Pameran yang diadakan ialah memperkenalkan mengenai Pertanian Bandar. Program ini melibatkan komuniti bandar dan sekitarnya supaya dapat menjalankan aktiviti-aktiviti pertanian bagi mengeluarkan sendiri sumber makanan dalam mengurangi kos sara...

Pameran Pemprosesan padi secara tradisional dan moden

TANGKAK, 16 Mei – Bersempena dengan Program Kembara Mahkota Johor 2016, Pejabat Pertanian Daerah Tangkak membuat pameran mengenai “Pemprosesan padi secara tradisional dan moden”. Pelbagai alatan tradisional dan moden dipamerkan untuk memberi kefahaman kepada para pengunjung yang hadir. Selain itu, pihak kami turut menjual beras wangi dan beras perang keluaran Kelompok Sawah Kesang Tasek dan Telok Rimba yang mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Karnival Agro Johor Sempena Kembara Mahkota Johor

JEMENTAH, 16 Mei - Telah berlangsungnya Kembara Mahkota Johor yang telah diadakan di Padang Awam Jementah. Antara agensi yang terlibat ialah Jabatan Pertanian, Pejabat Belia, Persatuan Petani Jementah dan Car Boot Sale. Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa program ini berjalan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah demo memanjat pokok kelapa dengan menggunakan mesin, kupas buah kelapa menggunakan mesin, pemeran berasaskan kelapa antaranya produk makanan dan hasilan dari bahan kelapa. Tidak ketinggalan juga pemberian anak pokok dan kit bumi hijau juga telah...

Kembara Mahkota Johor 2016

MUAR, 16 Mei – Suasana di Pusat Reakreasi Kolam Air Panas Sg. Gersik Muar, dekat sini yang biasanya tenang dengan penduduk melakukan tugasan harian bertukar ‘kecoh’ pagi ini. Ini kerana mereka menerima tetamu yang amat dinanti-nantikan, iaitu Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menge­tuai rombongan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2016 pada hari ketiga konvoi edisi ke-19 itu. Baginda yang tiba kira-kira pukul 1petang dengan memandu trak Mack bersama-sama Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman disambut dengan paluan kompang.Turut hadir pada hari itu adalah...