kelulut

Kursus teknologi penternakan lebah kelulut

BATU PAHAT, 22 Mei - Hampir 200 peserta terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan bangsa telah mengikuti dengan jayanya Kursus Ternakan Lebah Kelulut anjuran bersama Jabatan Pertanian Negeri Johor, Pusat Khidmat ADUN Semerah dan Agrocity Resources. Kursus telah dijalankan di No. 48 Jalan Baru, Simpang 5, Batu Pahat. Kursus yang dijalankan ini adalah diberikan secara percuma. Kursus telah disampaikan oleh Encik Zakbah bin Mian, Penolong Pegawai Pertanian dari Pusat Komoditi Parit Botak. Peserta telah diberikan penerangan mengenai teknologi dalam ternakan lebah kelulut...

Kursus pengurusan ternakan lebah kelulut

PONTIAN, 16 Mei - Seramai 30 peserta telah mengikuti dengan jayanya Kursus Pengurusan Ternakan Lebah Kelulut anjuran Unit Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pertanian Daerah Pontian. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Zakbah bin Mian, Penolong Pegawai Pertanian. Kursus ini telah dijalankan di Pejabat Pertanian Daerah Pontian. Bagi sesi praktikal dan lawatan telah diadakan di Projek Ternakan Kelulut Kokaza Holding Sdn. Bhd. yang terletak di TRK 13, Jalan Parit Semerah.

...