IAT

Lawatan tapak bengkel IAT

MUAR, 16 Jun - Satu lawatan tapak yang bertempat di No 16 Kg Sungai Gersik Jalan Air Panas telah dijalankan oleh Pegawai-pegawai pertanian dari Pertanian Daerah Muar. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memastikan keadaan persekitaran bagi kerja-kerja membina penambahan bengkel IAT oleh pengusaha. Pengusaha tersebut adalah En Azmi B. Mohd Jidi. Beliau adalah seorang pengusaha IAT yang mengusahakan Kerepek, Kuih Bahulu Dan Kek.

150 usahawan ikuti kursus keusahawanan

BATU PAHAT, 2 Jun - Seramai 150 usahawan dibawah bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Johor telah mengikuti dengan jayanya Kursus Keusahawanan Industri Asas Tani anjuran bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dan Jabatan Pertanian Negeri Johor. Kursus selama 2 hari ini telah dilaksanakan di Hotel Katerina, Batu Pahat. Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Ismail bin Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Johor.