fertigasi

90 peserta ikuti kursus fertigasi

MUAR, 1 Jun – Satu kursus telah diadakan bertempat di Kompleks Sri Pekembar Pagoh, Muar. Program anjuran Jabatan Pertanian Negeri Johor bersama UMNO Bahagian Pagoh memberi fokus utama untuk memberi ilmu pengetahuan dalam bidang pertanian iaitu Sistem Fertigasi yang semakin mendapat perhatian masyarakat di luar mahupun di dalam bandar. Kursus ini juga telah mendapat sambutan yang luar biasa dikalangan penduduk dan telah mendapat penyertaan yang amat menggalakkan. Seramai 90 orang peserta yang hadir dalam kursus ini. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Hassim Bin Selan,...

Duta Jauhar antara peserta kursus fertigasi

AYER HITAM, 14 September - Seramai 38 peserta telah mengikuti dengan jayanya Kursus Teknologi Fertigasi anjuran Pusat Pertanian Ayer Hitam. Kursus ini juga telah disertai seramai 20 peserta Duta Jauhar. Kursus dua hari bermula pada 14 & 15 September ini meliputi tajuk pengenalan kepada tanaman fertigasi, kaedah penyediaan baja campuran fertigasi dan amali kaedah pemasangan peralatan fertigasi dan penjagaan tanaman. Kursus telah dikendalikan oleh Puan Hajah Zalipah binti Adman, Penolong Pegawai Pertanian.

Guna tanah kosong jalankan projek cili fertigasi

JOHOR BAHRU - Seramai 90 pelajar kursus Teknologi Pembinaan, Kolej Vokasional Tanjung Puteri telah memanfaatkan dengan sepenuhnya tanah kosong yang terdapat di kolej mereka bagi mengusahakan projek tanaman cili fertigasi. Usaha luar jangkaan pelajar yang berpotensi menghasilkan pendapatan sehingga RM6,000 ini sememangnya boleh dijadikan contoh terbaik. Pembangunan projek ini mendapat kerjasama daripada pihak Jabatan Pertanian Negeri Johor melalui Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru yang ingin melahirkan lebih ramai usahawan yang membabitkan diri dalam industri...