bubur lambuk

Pertanian Johor Bahru sediakan bubur lambuk

JOHOR BAHRU, 19 Jun - Aktiviti memasak bubur lambuk memang sinonim dengan bulan Ramadan. Bersempena dengan bulan puasa ini, Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru dengan seramai 26 kakitangan bergotong-royong menyediakan hidangan ini. Aktiviti ini diketuai oleh Encik Abd Razak bin Abd Manap, Penolong Pegawai Pertanian. Aktiviti ini dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama dan memupuk semangat kerjasama serta muafakat. Bubur lambuk telah diagihkan antara kakitangan dan juga telah mendermakan bubur lambuk kepada pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran di Kampung Sinaran Baru....

Muafakat Bubur Lambuk

KOTA TINGGI, 23 Jun – Telah berlangsungnya Program Muafakat Bubur Lambuk Aras 4 & 5 Bangunan Sultan Iskandar, Kota Tinggi. Sebanyak 6 buah periuk digunakan untuk memasak bubur lambuk yang diketuai oleh Chef Zakaria dari Hotel MYRES Kota Tinggi. Tujuan program ini dibuat adalah untuk menyemarakkan lagi suasana bulan Ramadan Al Mubarak 1437 Hijrah. Program ini dijalankan secara gotong-royong telah disertai dari agensi seperti JPS, JAKOA, JUPEM, Jabatan Pertanian Daerah Kota Tinggi, Pejabat Pendidikan Agama dan SKM untuk aras 4, manakala aras 5 pula disertai KEMAS...

Gotong-royong membuat bubur lambuk

PARIT RAJA, 16 Jun - Seramai 25 kakitangan dan pegawai Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat telah mengadakan gotong-royong membuat bubuk lambuk anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat. Aktiviti ini telah diadakan di Kompleks Pertanian Parit Raja. Turut hadir bersama Encik Rosdin bin Kimin, Pegawai Pertanian Daerah Batu Pahat.