Soalan-Soalan Lazim

Bil Soalan Lazim Jawapan Maklumat Pegawai Penghubung
1 Apakah perkhidmatan pengembangan yang ditawarkan?
  1. Khidmat Nasihat Pertanian
  2. Latihan Pertanian
  3. Perundingan dan Pelaburan
  4. Pembangunan Industri Asas Tani
  5. Pensijilan Kualiti
  6. Penguatkuasa Akta-akta Pertanian
  7. Pengeluaran Lesen Eksport dan Permit
  8. Khidmat Sokongan Teknikal
    1. Agronomi Tanaman
    2. Perlindungan Tanaman
    3. Kawalan Racun Perosak
    4. Pengurusan Tanah
    5. Kawalan Kualiti Tanaman
    6. Kejuruteraan Pertanian
Nama: Mohamad Bin Kasmuri
No. Tel: 07-2666707
No. Faks: 07-2661252
E-Mel:mohamad.kasmuri@johor.gov.my
Alamat: Bahagian Metodologi Pengembangan, Ibu Pejabat Pertanian Negeri Johor
2 Di manakah buku-buku dan risalah terbitan Jabatan Pertanian boleh didapati? Buku-buku dan risalah terbitan Jabatan Pertanian boleh didapati melalui pembelian atau secara percuma di Seksyen Komunikasi, Aras 14, Jabatan Pertanian Putrajaya dan semua pejabat-pejabat Pertanian Negeri. Nama: Samsudin Bin Tarmudi
No. Tel: 07-2666707
No. Faks: 07-2661252
E-Mel: samsudin@johor.gov.my
Alamat: Unit Komunikasi, Ibu Pejabat Pertanian Negeri Johor
3 Bolehkah buku-buku terbitan Jabatan Pertanian dibeli melalui pos? Boleh dan bayaran boleh dibuat melalui kiriman wang pos atau cek bank atas nama Ketua Pengarah Pertanian manakala belanja pos adalah ditanggung oleh pembeli.
4 Di manakah maklumat mengenai Panduan Menanam sayur-sayuran dan buah-buahan seperti yang terdapat dalam pelaksanaan Kempen Bumi Hijau boleh diperolehi? Jabatan Pertanian telah menerbitkan Panduan Menanam pelbagai sayur-sayuran, ulam-ulaman, herba dan buah-buahan dalam bentuk risalah (Infotani). Oleh itu, risalah ini boleh didapati di Ibu Pejabat Jabatan Pertanian dan semua pejabat-pejabat Pertanian Negeri.
5 Bagaimanakah memuat turun informasi yang terdapat dalam Buku Pakej Teknologi secara online? Buat masa ini, Buku Pakej Teknologi masih belum boleh dimuat turun secara online, ianya hanya boleh didapati dalam bentuk buku di Seksyen Komunikasi, Aras 14, Jabatan Pertanian, Putrajaya.
6 Adakah apa-apa bahan terbitan yang dikeluarkan dalam bentuk video atau digital? Seksyen Komunikasi, Jabatan Pertanian Putrajaya ada menerbitkan maklumat teknikal dan bukan teknikal pertanian dalam bentuk video dan digital, contonya Video Diagnostik dan Pengesyoran Bersepadu (DRIS), Fertigasi -Teknologi Pertanian Masa Depan dan lain-lain bagi meningkatkan lagi keberkesanan program pengembangan pertanian.
7 Apakah bidang-bidang yang ditawarkan di dalam kursus ini dan di manakah ia dijalankan? Bidang-bidang yang ditawarkan di dalam kursus ini adalah Sejuk Beku, Bakeri, Bakeri dan Sejuk Beku, Bakeri dan Sejuk Beku (Asas Kelapa) dan Bakeri dan Sejuk Beku (Asas Buah). Kursus tersebut dijalankan di lima buah Pusat Bimbingan Usahawan iaitu di Serdang, Selangor; di Ayer Hitam, Johor; di Manong, Perak; di Teluk Chengai Kedah dan di Ajil, Terengganu. Nama: Farhana Hafizah Binti Hamdan Mustafa
No. Tel: 07-2666707
No. Faks: 07-2661252
E-Mel:farhana.hafizah@johor.gov.my
Alamat: Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Ibu Pejabat Pertanian Negeri Johor
8 Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk mengikuti kursus ini? Syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk mengikuti kursus ini adalah peserta mestilah berstatus Warganegara Malaysia dan berumur di antara 20-40 tahun pada tahun kursus yang hendak diikuti, terbuka kepada lelaki atau perempuan yang sihat tubuh badan, mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya SPM/SPVM. Peserta hendaklah sanggup untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh latihan (6 bulan) serta mempunyai minat yang mendalam untuk berkursus dan meneruskan projek selepas tamat kursus.
9 Bilakah pengambilan peserta baru dijalankan? Tawaran bagi memasuki Pusat Bimbingan Usahawan akan dibuat melalui iklan sama ada di akhbar atau internet dan biasanya dikeluarkan pada bulan September setiap tahun dan sesi kemasukan dibuat pada bulan Mac tahun berikutnya.
10 Apakah kelebihan mengikuti kursus ini? Peserta akan didedahkan dengan pelbagai aspek penting yang perlu ada dalam perniagaan seperti Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP), Pemasaran, Perakaunan, Keusahawanan dll. Peserta juga diberikan latihan secara hands-on berkaitan aktiviti pemprosesan produk mengikut bidang yang ditawarkan. Peserta juga dilatih untuk menjadi seoarang usahawan yang berjaya.
11 Apakah bidang yang sesuai untuk dipilih? Peserta digalakkan untuk memohon mengikut bidang yang diminati ataupun mengikut kesesuaian sekiranya telah menjalankan projek. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada kekosongan dan keputusan panel penemuduga. Nama: Samsiah Binti Taib
No. Tel: 07-7581161
No. Faks: 07-7581984
E-Mel: samsiah@doa.gov.my
Alamat: Pengetua, Institut Pertanian Ayer Hitam, 86100 Ayer Hitam
12 Apakah kemudahan yang disediakan kepada peserta kursus? Kemudahan yang disediakan kepada peserta kursus adalah seperti kemudahan penginapan berserta makan dan minum sepanjang kursus yang ditanggung oleh pihak Jabatan Pertanian. Di samping itu, peserta juga akan diberikan elaun kursus selama enam bulan di samping disediakan kemudahan-kemudahan riadhah untuk keperluan peserta kursus.
13 Setelah tamat kursus, apakah bantuan-bantuan yang disediakan oleh Jabatan Pertanian kepada lepasan peserta Pusat Bimbingan Usahawan? Setelah tamat berkursus, lepasan peserta PBU akan didaftarkan sebagai usahawan di bawah bimbingan Jabatan Pertanian. Peserta akan diletakkan di bawah pemantauan pegawai yang berkenaan di setiap negeri. Bantuan dan bimbingan dalam bentuk khidmat nasihat akan diberikan dari semasa ke semasa oleh Pegawai Jabatan Pertanian di peringkat daerah, negeri ataupun Ibu Pejabat. Di samping itu, bantuan galakan perniagaan yang lain seperti pinjaman mesin, peralatan, atau bengkel kepada usahawan yang menjalankan projek turut diberikan. Walau bagaimanapun ia tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Pertanian. Nama: Farhana Hafizah Binti Hamdan Mustafa
No. Tel: 07-2666707
No. Faks: 07-2661252
E-Mel:farhana.hafizah@johor.gov.my
Alamat: Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Ibu Pejabat Pertanian Negeri Johor
14 Di manakah boleh diperoleh maklumat lanjut berhubung kursus ini? Maklumat berhubung kursus ini boleh didapati sama ada di Pusat-pusat Bimbingan Usahawan sedia ada, Pejabat-pejabat Pertanian Daerah, Jabatan Pertanian Negeri terdekat ataupun Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Putrajaya. Selain itu, tawaran kemasukan juga diiklankan di internet (www.doa.gov.my).
Last updated on Wednesday, 15 June 2016 - 12:45pm