Kursus Pertanian Bandar

Tarikh: 
1 Jun 2016
Tempat: 
Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 1 Jun - Seramai 50 ibu tunggal telah mengikuti dengan jayanya Kursus Pertanian Bandar anjuran bersama Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru dan Yayasan Pembangunan Keluarga. Peserta kursus telah dibimbing oleh Encik A Azis bin A Karim, Penolong Pegawai Pertanian mengenai teknik dan kaedah dalam mengamalkan pertanian bandar. Peserta telah diberikan pendedahan kepada penanaman menggunakan Nutri Pot. Pelaksanaan teknik nutri pot dapat mengurangkan jumlah siraman kepada tanaman dan ia sesuai ditanam dikawasan yang terhad. Peserta juga berpeluang melawat ke Projek Fertigasi Terbuka di Taman Seri Putri, Skudai. Dengan adanya kursus ini diharapkan peserta dapat mengamalkan teknik ini dalam menghasilkan tanaman makanan sendiri di rumah seterusnya dapat menjimatkan belanja dapur.

Share This:
Last updated on Tuesday, 28 June 2016 - 12:07pm