Bubuk Lambuk Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru

Tarikh: 
19 Jun 2016

JOHOR BAHRU, 19 Jun - Aktiviti memasak bubur lambuk memang sinonim dengan bulan Ramadan. Bersempena dengan bulan puasa ini, Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru dengan seramai 26 kakitangan bergotong-royong menyediakan hidangan ini. Aktiviti ini diketuai oleh Encik Abd Razak bin Abd Manap, Penolong Pegawai Pertanian. Aktiviti ini dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama dan memupuk semangat kerjasama serta muafakat. Bubur lambuk telah diagihkan antara kakitangan dan juga telah mendermakan bubur lambuk kepada pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran di Kampung Sinaran Baru.

Share This:
Last updated on Tuesday, 28 June 2016 - 12:21pm