Skim MPCA

Pengenalan Skim Perakuan Pensijilan Fitosanitasi Malaysia (Skim MPCA)

Pengeksportan komoditi pertanian ke luar negara terutama bahan-bahan tanaman memerlukan pengesahan Sijil Fitosanitasi (SF) dari negara pengeksport iaitu bebas daripada perosak/penyakit dan tanah, untuk tujuan ini maka Sijil Fitosanitasi adalah satu keperluan untuk pengeksportan.

Skim Perakuan Pensijilan Fitosanitasi Malaysia (Skim MPCA) diwujudkan oleh Jabatan Pertanian untuk membolehkan Pemilik Ladang/Tapak Semaian, Pusat Pembungkusan dan Kilang pemproses hasil pertanian yang telah diperakui dalam Skim MPCA ini boleh mendapatkan/memohon SF tanpa perlu pemeriksaan kuarantin & penyeliaan rawatan oleh pegawai pemeriksa kuarantin di premis pengeksport atau di pejabat pengeluar SF.

Premis yang menghasilkan komoditi untuk eksport yang diperakui dalam Skim MPCA adalah merupakan premis yang ada kawalan perosak/penyakit yang sistematik dan dalam keadaan terkawal status perosak/penyakit dimana pemilik sendiri akan menjalankan pemeriksaan dan mendokumenkan aktiviti perakuan fitosanitasi, yang lazimnya dijalankan sendiri oleh Pegawai Pemeriksa Kuarantin.

Objektif

  • Untuk memudahkan dan mempercepatkan perdagangan hasil tani berhubung dengan keperluan Fitosanitasi;
  • Untuk mengalakkan penglibatan industri dan pihak berkepentingan dalam pengawalseliaan dan pematuhan langkah Fitosanitasi;
  • Untuk memastikan pengiktirafan terhadap sistem Fitosanitasi yang boleh dipercayai.

Strategi

  • Pematuhan Terhadap Keperluan Fitosanitasi Negara Pengimport;
  • Mencapai Kriteria Skim MPCA;
  • Dokumentasi dan Pemantauan; 
  • Perjanjian Dua Hala.

Faedah Kepada Peserta

  • Pendekatan yang lebih teratur dan berkoordinasi dalam mencapai produk berkualiti terutama berkenaan serangga perosak, integriti dan kebolehkesanan konsainan;
  • Memastikan kepuasan pelanggan dengan produk berkualiti yang konsisten dan jaminan kualiti;
  • Lebih fleksibiliti dari segi pemeriksaan oleh Pegawai Pemeriksa Kuarantin sebelum persijilan. Peserta mempunyai lebih fleksibiliti dalam mengatur masa penghantaran, pengendalian yang minima, mengurangkan birokrasi dan laluan yang cepat;
  • Akses yang mudah dan cepat terhadap barangan untuk pasaran eksport terutama barangan yang mudah rosak dan lain-lain produk kerana pengeluaran SF dibuat dengan pemeriksaan yang minimum;
  • Penjimatan kos dari segi sumber kewangan dan sumber manusia, pembaziran dan penolakan bahan yang minimum melalui Amalan Pertanian yang Baik (APB).

Siapa Yang Layak Menyertai?

Pemohon yang layak menyertai adalah seperti berikut :

  • Pengeluar tumbuh-tumbuhan dari tapak semaian sendiri di Malaysia;
  • Pengeluar tumbuh-tumbuhan dari tapak semaian sendiri dan diperoleh daripada tapak semaian lain di Malaysia dan mempunyai sebuah rumah pembungkusan;
  • Mengumpul tumbuh-tumbuhan dari pengeluar lain dan mempunyai rumah pembungkusan di Malaysia;
  • Kilang-kilang yang memproses dan mengeluarkan produk pertanian dan lain-lain artikel bukan tumbuhan di Malaysia. Pengeluar yang memproses dan mengeluarkan produk pertanian adalah digalakkan untuk memohon kerana bersesuaian dengan "ISPM 32 - Categorization of Commodity According to Their Pest Risk" yang menyatakan bahawa : "Commodity that has been processed to the point where they do not remain capable of being infested with quarantine pest.do not requires phytosanitary certification with respect to pests that may have been present in the commodity before the process specified in Category 1".

Bagaimana Untuk Memohon?

Borang permohonan MPCA 1 yang telah lengkap dengan lampiran yang berkaitan hendaklah dikemukakan kepada Urusetia ke alamat berikut :
 
Urusetia
Skim Perakuan Pensijilan Fitosanitasi Malaysia,
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan
Jabatan Pertanian,
Jalan Sultan Salahuddin,
50632 Kuala Lumpur.
 
No. Tel : 03-2030 1428 / 1429 / 1416 / 1432
No. Faks : 03-2697 7164

PEGAWAI PENGHUBUNG

Nama : Encik Ramli bin Md Afandi
No. Telefon : 07-2239395
No. Faks : 07-2239398
Emel : biosekurititumbuhan@johor.gov.my
Jawatan : Pegawai Pertanian Kuasa Usaha (G52)
Alamat : 256, Jalan Abdul Samad, 80100 Johor Bahru, Johor

 

Share This:
Last updated on Tuesday, 28 March 2017 - 3:26pm